Baru teringat pernah ada blog sendiri, so akan teruskan semula.
Lama dah tinggalkan rumah ni, banyak kenangan semasa tinggal disini
kamalzaman
Monday, September 9, 2019
Saturday, October 19, 2013
Malaysia oh Malaysia
Saya tak faham bagaimana hal seperti ini boleh terjadi kepada saya. Saya alami sendiri.Bagai tak percaya ianya terjadi disebuah agensi yang menggunakan komputer sepenuhnya dalam urusan harian.
Urutan peristiwa:
1. 2010 hingga Oktober 2012 - tiada masalah.
2. Saya membeli insuran kenderaan, tarikh tamat pada 14.10.2013
3. Pembaruan cukai jalan hanya sehingga 03.10.2013 sahaja. Telah buat bantahan di Pos Malaysia Temerloh. Tiada sebarang perubahan. Tarikh tamat insuran dan cukai jalan tak sama.
4. 2013, saya membeli insuran dengan tarikh tamat 03.10.2014.
5. Pembaharuan cukai jalan di buat di JPJ Bandar Jengka, tetapi cukai jalan tamat pada 24.09.2014. Bantahan telah dibuat tapi keputusannya tetap sama
Pelik..semakin tahun semakin pendek tempoh cukai jalan. Kesian saya jadi rakyat Malaysia. Kalau banyak komplen nanti disuruh pulak cari negeri lain.
Sunday, September 8, 2013
Musim Buah-buahan Datang Lagi
Bermula dari "O", saya dan isteri memiliki 2 ekar tanah. Tanah ini tanah kampong , kami telah menukar syarat tanah tersebut kepada tanaman getah. Diselang seli pokok getah kami juga menanam pokok durian dan masta. Selepas 15 tahun, kami mula menikmati, hasil getah dan dusun walaupun tidak maksima. Cukup sekadar untuk keluarga kecil kami, berlebihan,tetapi tidak sampai untuk menjualnya. Tidak ketinggalan teman rapat dan tetamu yang hadir jika kebetulan musimnya.
Rambutan kuning, walaupun tidak glamour tetap menjadi penyeri dan tarikan.
Jambu madu yang sentiasa berbuah, tak mengira masa. Sayang kali ini kalah dengan buah-buahan yang lain
Dokong juga mencuri perhatian, tidak banyak tetapi tetap mencuri perhatian
Mohamad Fadzil, menantu kami, sedang mengambil buah dokong dengan menggunakan tangga
Satu-satunya peminat tegar durian dalam keluarga kami, Muhamad Hidayat, anak bongsu kami. Selain dari itu ahli keluarga hanya sekadar merasa saja.
Biarkan semalaman. Keesokannya,barulah dibubuh penutup botol dan disimpan. Ini menjadikan tempoyak lebih manis dan tidak masam. Boleh disimpan bertahun-tahun tanpa menjadi sangat masam.
Muhamad Hidayat sedang mengait masta. Artikal saya mengenai pokok masta telah menggamit 2 orang penyelidik kanan di MARDI.Kami telah berjumpa selama 2 kali. Paling mengkagumkan saya, anak sulung kami, Nurul Nadhia, penah belajar dengan En Zulkifli semasa di UPM dahulu dalam tahun 2004. Saya juga difahamkan En Zukkifli dan En Tahar, adalah penyelidik yang bertitle dihadapan namanya. Biarlah ianya menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya. Sebuah rencana kecil dalam blog tidak bernama telah menggamit perhatian seseorang. Terima kasih En Zulfifli dan En Tahar semuga penyelidikan tuan akan membuahkan hasil, khususnya untuk rakyat Malaysia.
Tuesday, September 3, 2013
Sambutan Hari Kemerdekaan 2013
Jika ditanya kepada murid-murid sekolah rendah, apa hari kemerdekaan pada 31 August, rata-rata menjawab "cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii". Walaupun erti sebenarnya, telah dipelajari dalam bilik-bilik darjah dan di dalam buku-buku teks.
Bagi pihak sekolah pula, pemasangan bendera dan banner adalah satu kewajipan. Terpulanglah kepada pentadbir untuk menggunakan kebijaksanaan mencari dimana sumbernya. Malangnya kebijaksanaan itu tiada dijual di kedai-kedai.
Hiasan bendera dan bunting di hadapan sekolah, terima kasih En Riduan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan ajk, idea yang sangat menarik.
Bendera di tepi pagar, kurang menyerlah sebab kawasan sekolah berada di bawah cerun bukit. Sangat cantik dan kreatif.
Peranan dan jasa Tunku Abdul Rahman hanya tinggal di dalam buku teks sahaja. Sedih dengan senario semasa.
Menara Bendera.
Jutaan terima kasih kepada s guru-guru penolong kanan, guru-guru, kakitangan, murid-murid dan pekerja sekolah yang telah bergotong royong menghias sekolah sempena bulan kemerdekaan 2013.
Monday, September 2, 2013
Musim buah-buahan kali 2, Tahun 2012
Kenangan bersama keluarga Pn Rohanita dan En Azli di dusun sekeliling rumah kami
Disember 2012 - Februari 2013 yang lalu adalah kali pertama, September dan Novermber adalah kali yang ke 2. Kali ini tidaklah selebat dan semeriah diawal tahun lalu. Sungguh pun begitu ianya tetap meriah, masih banyak terdapat gerai buah-buahan di sepanjang jalan dari Temerloh mudik kanan Sungai Pahang masa kini.
Baby Farhani, kali pertama melihat susu getah menitik selepas di toreh
Buah manggis yang masih belum masak
Panjat lagi senang..tapi duduk aje
Tengok sapa yang memanjat -- hihihi---Mama Pn Rohanita
Tinggi memuncak...tapi pokoknya rendah aje dalam 20 kaki tingginya
Hasil yang dipetik sendiri
Petik sendiri---kumpul sendiri
Dapatlah sikit, kakak Sorfina kutip aje, takut nak panjat
Mamat ni tak reti memanjat, Cikgu Azli dok pangkal pokok aje...hihihihi lahir dan besar di bandar
Kursus ICT Untuk Guru Besar Daerah Temerloh 2013
Anjuran Institut Aminuddin Baki
Tempat: Makmal Komputer SMK Seri Bahagia
27-29 August 2013
(Gambar tidak diedit - cuma bubuh teks sahaja)
Bergambar kenangan, semasa kursus. Budaya IAB, bagus untuk carik wang..bagus untuk kenangan peserta tapi saiz 8 x 10 susah nak simpan, perlu ada album khas.
Sedang tekun belajar...samada dapat mengikuti atau tak dapat ikut.......
En Kamran dari IAB sedang menunjuk ajar
Sah tak dapat.....Pn. Maimunah dari IAB sedang membantu....hihihihi
Sedang tekun menyiapkan kerja-kerja projek
Yeaah...dah siap dan dah upload ke youtube
Satu usaha yang baik. IAB turun ke lapangan mencari peserta. Peserta kursus yang berumur amat sukar memhon kursus di IAB apatah lagi untuk tinggal di asrama IAB. Bukan takut untuk meninggalkan keselesaan di rumah. Pada saya faktor cuaca yang sejuk, bilik dan suasana kafeteria lebih kearah asrama dan bukan mirip kepada keselesaan di hotel.
Tidak semua peserta kursus berjaya meyiapkan tugasan diberikan, lebih kepada pendedahan sahaja. Biasalah segelintir peserta "berkursus dibelakang" berbanding memberi perhatian kepada arahan penyarah. Tahniah kepada kesabaran dan kesungguhan En Kamran dan Pn Maimunah, sepuluh jari diberikan. Tahniah dan terima kasih
daripada saya, Hj Kamalzaman
Bye-bye Mak Ngah
30 August 2013
Sekejab aje masa berlalu. Akhir Jun balik, seterusnya menjalani latihan selama sebulan di Hospital Temerloh, bulan Ramadhan dan Syawal, kini sampailah masa untuk balik semula menyambung pelajaran.
Penglaman baru, ambil gambar selepas parking, supaya senang nak cari semula.
Peluk sayang dari mak ngah, jumpa lagi tahun depan
Fifi merajuk tak dapat ikut mak ngah, "mak ngah balik cekolah...jauh..aeroplane.." katanya.
Hadiah dari mak ngah..bunga lollipop
Have a happy and save journey, anakku, jaga diri, ingatkan Allah sentiasa dan rajin-rajinlah belajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)