Labels

Total Pageviews

Thursday, February 21, 2008

6 bulan yang berlalu

Lupa pulak hari ni hari jadi Baby yang ke 5. Dah beli buku dan sekotak coklat.Selamat hari jadi buat baby.


Dah 6 bulan tak update apa-apa pun.Kesibukan bekerja membuatkan saya terlalai.
Mengikut rancangan nak adakan majlis perkahwinan Nadhia pada 15 Dis 2007, malangnya masa tu banjir besar. Walaupun semua persiapan telah di peringkat akhir, Allah jua yang menentukan - hanya majlis pernikahan sahaja dibuat. Hanya pada 26 Jan 2008 yang baru lalu dapat disempurnakan. Terima kasih pada semua yang hadir, hampir 1500 orang jemputan hadir. Majlis yang meriah dan akan menjadi ingatan pada kami sekeluarga.

Awal Februari yang lalu, satu lagi berita gembira, Nur Aisyah - kami panggil Angah mendapat tawaran mengikuti kursus persediaan Program Perubatan Rusia, tajaan MARA.Kami menghantarnya padq 10 februari lalu.

Hidayat pula mendapat 8A 1B dalam PMR, B - Bahasa Melayu. Kesian juga Hidayat tapi akhirnya beliau dapat menerima kenyataan. Begitulah anak lelaki mesti kuat, smart dan struggle.

Kenaikan pangkat yang diterima oleh saya diikuti oleh kenaikan beban tugas.Dalam tahun ini dan 2 kali mengikuti bos di JPNP ke Putra Jaya. ini menimbulkan rasa kurang senang PPD Bera kepada saya.Tak pernah saya menerima tekanan sebegini di PPD Temerloh dulu. Semua PPD di Temerloh dulu adalah orang yang kuat bekerja tidak seperti di Bera yang dikelingi oleh orang-orang sehaluan sahaja - *****%%%%%%

Untuk jalan selamat saya memohon untuk balik ke sekolah. Harapannya cerah, KS Tn Hj Hamid telah menghubungi PPD Temerloh untuk mendapatkan tempat, hasilnya SK Lebak. Saya akan ditempatkan bila selesai pilihanraya nanti

Sekian, buat kali ini