Abbot Xceed Glucose Tester dan Omran Blood Pressure Kit
Gajet Terkini
Nama aje terkini, daya dah miliki glucose tester sejak 2 tahun yang lalu. Kit ini dihadiah oleh anak saudara saya, Muhamad Syafiq, yang kini bekerja sebagai Ahli Farmasi di HKL. Saya gunakan sekali seminggu. Purata glucose saya cuma antara 5.0 - 5.8 dalam keadaan berpuasa. Ketepatan alat ini cuma 95% aje. Alat ini digunakan secara meluas di hospital-hospital kerajaan dan klinik swasta di negara kita. Kadangkala, saya membuat 2 kali seminggu ujian. Strip ujian ni agak mahal..kira-kira RM2 sekeping atau RM96 sekotak yang menghandungi 50 keping.
Omron blood pressure kit itu saya beli sejak 4 tahun yang lalu, alat inilah yang kerap saya gunakan, hampir setiap hari. Kita perlu membuat beberapa kali ujian untuk mendapatkan purata keputusannya. Sebelum membuat ujian ini, kita perlulah tenang dan relex. Kelemahan alat ini ialah apabila beterinya kurang..hasil ujian akan menjadi meragukan. Purata tekanan darah saya adalah 90/70..Ianya agak rendah seseorang yang pertengahan umur.
Selain saya, isteri saya juga menggunakannya. Bukannya takut mati..mati pasti datang bila tiba masanya. Ianya sekadar peringatan kepada kita. Kalau saya rasa sakit kepala yang luar biasa, atau rasa kurang selesa..tekanan darah saya rendah dari kebiasaannya. Saya perlu berhati-hati semasa memandu. Kadangkala saya merasa terlalu letih dan terketar-ketar khususnya semasa bulan puasa..ujian darah saya menunjukkan paras gula saya hanya sekitar 3.0 - 3.5 sahaja.
Gajet yang terakhir ialah handphone Xperia Sony, tak tau kenapa saya meminati hp Sony. Telah lebih 5 set hp Sony saya gunakan. Selain tu saya menggunakan set hand free bluetooth, terutama apabila memandu. Set bluetooth tu dah saya gunakan sejak 4 tahun yang lalu. Hp tu..wallpaper nya tentulah gambar FIFI...cucu kesayangan.....hi hi hi hi hi