Labels

Total Pageviews

Wednesday, November 30, 2011

Bila umur semakin meningkat

Sejak 2 minggu yang lalu, saya selalu terasa sakit di bahagian kaki kiri dan ikuti oleh rasa kebas. Semakin lama ianya rasa sakit dibahagian kaki bertambah apabila banyak berjalan.
Saya ke ke Klinik Kesihatan Mentakab dan selepas itu ke Klinik Kesihatan Simpang Songsang untuk tujuan x-ray dan anlisa x-ray.
Sebelum ini saya telah diperiksa oleh seorang doktor, yang juga anak saudara saya sendiri di rumah. Disebabkan di rumah tiada peralatan saya dinasihatkan pergi kemana-mana klinik atau hospital yang ada kemudahan x-ray atau CT scan.
Pemeriksaan awal, meramalkan salah satu dari tulang belakang di bahagian punggung mungkin tergelincir.Sejak itu saya mula merujuk kepada beberapa buku yang ada kaitan dengan slipped disk.Sekiranya disk yang tergelincir tu telah pecah..akibatnya kita sukar untuk bergerak.Kata anak saudara saya, ianya baru di peringkat awal.
Analisis x-ray mengesahkan, saya mengalami slipped disk peringkat awal. Saya perlu menjalani rawatan fisiotheraphy di Hospital Temerloh untuk sekurang-kurangnya 6 bulan kesetahun. Saya dinasihatkan supaya mengelakkan dari melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan pinggang.
Syukur, Alhamdulillah, saya dapat mengesan dan rawatan awal. Saya amat bersyukur, sewaktu muda dahulu, saya telah pun melakukan pelbagai akvitiviti lasak seperti mendaki gunung (beberapa kali) aktiviti flying fox, repelling dan wall climbing. Kalau tidak tak merasalah nak melakukannya kini.

3 comments:

dr.hamsiahjuki.blogpot.com said...

Salam tn haji,lama kita tak berbual dalam blog.Tak apa,semua tu lumrah kehidupan.syukur diketahui lebih awal maka tn haji dapat menjalani rawatan lanjut agar sentiasa sihat walaupun usia meningkat.Semua orang semakin hari semakin tua.Cuma selagi diberikan Allah nyawa kita hargai dan menjaga sebaik yang mungkin demi keluarga sekeliling yang amat perlukan kita.Take care tn haji.jaga diri dan buat rawatan sebaik yg mungkin.

kamalzaman said...

Salam,
Mungkin disebabkan jarang sakit, sakit yang sedikit ini pun saya rasa terbeban. Walaupun begitu saya perlu menyesuaikan diri dengan aktiviti harian dengan keadaan kesihatan diri.
Bagaimana cuti ni, tak balik ke Sarawak ke..rasanya orang kat sana dah rindu kat Hamsiah tu..hi hi hi

dr.hamsiahjuki.blogpot.com said...

Salam,saya dan keluarga sihat alhamdukilah.Balik sarawak bulan 5 tahun depan.Ada nak kirim apa2 ke?kalau ada beritahu je.Kali nie cuti berjalan satu Malaya.Saje sebab lama tak berjalan tengok negeri orang.Last dulu berjalan satu semenanjung masa anak dara saya umur 10 tahun.Best jugak,tambahan sekarang pantai barat musim buah.Plan balik Pahang sebelum exam.Isnin 5 hb saya sebenarnye ada meting analisis.Ppd lambat maklum jadi terpaksa beritahu abg zarir saya balik ke sarawak.Nasib baik abg zarir sporting.Tapi rasa bersalah sebab berbohong tapi isnin tu saya ada di penang.Kecewa juga dengan ppd nie...tetiba je suruh meting.Harap tak buruklah nama saya.Tak pernah buat jahat macam tu.Wow bestnye balik N9. Saya mungkin 10 hb baru sampai N9.sekarang di penang dan esok bergerak ke kelantan.Jalan dgn suami dan anak.Tn haji jaga diri baik2.jangan stress.Rileks-rileks...