Labels

Total Pageviews

Wednesday, November 9, 2011

Bicara Pusaka Aruah Ibu

Ibu meninggal dunia pada 14.07.2002, hampir 9 tahun yang lalu. Ibu meninggal kerana penyakit kanser usus. Aruah ibu memang seorang yang sangat pandai memasak. Di rumah inilah minat saya untuk memasak diasuh. Bukanlah satu masalah untuk memasak pada saya. Malahan saya pun sangat suka memcuba berbagi resipi.


Bermula dari tahun 2008, saya dan kakak telah berusaha untuk mengumpulkan kesemua adik beradik untuk urusan ini. Akhir pada 8 Nov 2011, semua urusan selesai. Termasuklah pembahagian untuk keluarga aruah abang. Abang meninggal sebelum sempat selesai urusan harta peninggalan aruah ibu.


Sedih kerana ibu dan abang telah tiada. Gembira kerana telah menyelesaikan semua urusan. Yang berhak telah dapat bahagian masing-masing. Saya dan kakak dengan rela menyerahkan semua bahagian masing-masing kepada adik beradik yang lain. Hal ini telah pun saya bincangkan dengan isteri. Isteri pun sangat bersetuju kerana semua rezeki kita di tentukan ALLAH.

Semuga aruah ibu dan abang bersemadi dengan tenang dan di rahmati ALLAH. Al Fatihah.

2 comments:

dr.hamsiahjuki.blogpot.com said...

Syukur alhamdulilah semuanya selesai. Memang menjadi tanggungjawab yang hidup saling ingat mengingati.Yang berhak mendapat haknya.Rezeki dan ajal semuahya ditangan yang Esa.Tahniah untuk tn haji dan kakak serta isteri tn haji kerana telah menjalankan amanah dengan baik.Al fatihah untuk abg dan ibu tn haji.

kamalzaman said...

lega...sangat sangat gembira, umpama telah meletakkkan semua beban ke tanah.