Labels

Total Pageviews

Wednesday, December 14, 2011

IAB- Seri Layang



bunga strawberri

bunga matahari


13 Disember 2011, baru lalu telah diadakan taklimat SBPA kepada Guru Besar dan Pengetua bagi 4 dearah di Pahang. Saya tidak berminat bercerita tentang itu.

Kali pertama saya ke AIB, dalam tahun 1988, kursus pengurusan pusat sumber. Peristiwa yang menggemparkan negara waktu itu, "Operasi Lalang" berlaku sewaktu kami sedang berkursus. Implikasi kepada negara semua orang telah tahu..mengukuhkan kuasa mahathir.
Ini juga bukan yang mahu saya ulas.

Iklim pada waktu itu sejuk..sejauk terasa hingga ke tulang seperti berada di Kundasang, Sabah pada waktu itu. Hutan masih tebal. Pokok paku gajah masih banyak. Ulat gonggok merayap hingga ke bilik asrama, saiznya sebesar ibu jari kaki. Riang-riang (cicada) sentiasa berbunyi siang atau malam. Kalau berjalan ditepi belukar, jika diselak sedikit daun-daun kering, akan kelihatan caing tanah di permukaan.

Kini semuanya tinggal kenangan. Cuaca mula panas, pakai baju pagoda aje..tak terasa sejuk. Serengga yang mudah dilihat hanyalah lalat. Lalat melambangkan pembangunan yang tidak terurus.

Paling memeranjatkan, ladang sayur telah saujana mata memandang. Di Sri Layang, telah ujud sebauh bazar memasarkan hasil tanaman di kawasan sekitar. Kawasan bazaar tu sangat besar, lengkap dengan tanaman salad dan strawberi. Pengunjung boleh memetik sendiri dengan bayaran minima. Paling mermeranjatkan saya pengurus tempat itu adalah kenalan jauh saya. Sebelum ini beliau bertugas di Cameron Highland, menguruskan sebuat resort percutian dan kawasan tanaman sayur.

Saya bukanlah seorang enviromentalis, cuma saya terfikir, apakah yang akan kita tunjukkan pada generasi akan datang.

3 comments:

dr.hamsiahjuki.blogpot.com said...

Salam,khabar tn haji...harap makin sihat dan ceria selalu...memang best tempat tu...saya borong salad banyak sebab saya nie kira mcm kembar kambing kalau makan sayur.Best sangat tempatnye macam yang tn haji beritahu.Masa saya pergi kebetulan hujan....masih sejuk tn haji...anak saya suka sangat petik strawbery walaupun buahnye tak masak dan tak berapa banyak.sejak hari tu bika ke kl atau balik dari kl mesti singgah beli salad yang dipetik sendiri.

kamalzaman said...

hi hi hi...orang perempuan eloklah banyak makan sayur dan ulam-ulam, tapi saya kurang gemar lainlah kalau terpaksa..misalnya isteri sedia sayur atau salad dengan mayo..terpaksalah..nak jaga hati isteri...hi hi hi

dr.hamsiahjuki.blogpot.com said...

Tn haji kena minat juga sebab elok untuk kulit dan penghadaman. Orang rumah tn haji tahu apa yang terbaik jadi sebab tu dia sediakan dan sebagai suami mana boleh kata x sedap atau x nak. Kecik hati dia... mcm zul dengan saya... saya masak apapun sedap atau tidak dia makan je... jaga hati isteri he he he...