Satu proses biasa bagi kakitangan awam, Pagi tadi melalui satu panggilan telefon, dimaklumkan surat pertukaran akan sampai berkuatkuasa pada 1 okt 2011 yang lalu.
Pada saya ok aje. Sebelum inipun saya bertugas agak jauh dari rumah.
Saya meninggalkan sekolah ini dengan rasa kepuasan. Disegi fizikalnya, bilik guru, perpustakaan, makmal komputer yang berfungsi, pejabat berhawadingin. Ianya tiada semasa saya melaporkan diri 2 tahun lalu.
Wang dalam akaun suwa dan kerajaan 28k. Tiada hutang dengan mana2 pengedar dan pembekal. Berbanding 8k semasa nmelapor diri dulu.
Cuma keputusan UPSR aje baru mencapai 51%.
Semuaga sekolah ini terus gemilang demi anak bangsa kita. Tiada lara didalam hati meninggalkan sekolah ini cuma senyuman kepuasan. Terkilan sedikit buah rambutan sedang membesar dan nangka madu yang ditanam telah merasa manisnya. Hi hi hi
No comments:
Post a Comment