Labels

Total Pageviews

Monday, October 10, 2011

Serah tugas

Hari ini, jam 11.00 pg saya memberikan taklimat kepada Tn Hj Zakria, Guru Besar baru yang menggantikan saya. Sebaik sahaja taklimat berakhir, bermakna disegi pentadbiran, saya tidak mempunyai apa liabiliti kepada sekolah ini.
Saya mengambil semua barang-barang peribadi saya, bantal lapik belakang, pembaris kayu panjang, penyangkut baju, kain pareo penutup kerusi dan 2 helai karpet (yang terlalu buruk). Sebahagian barang-barang ini terlalu peribadi buat saya. ianya dihadiah oleh seorang kenalan sewaktu saya mula dinaikkan pangkat dahulu. Tiada nilai kewangan hanya sentimental value.
Bersalaman dengan guru-guru dan kakitangan sebelum saya mengundurkan diri.
Di kepala saya, humming, lagu Wali Band "Yank".

Cacatan: Tn Hj Zakria ini dahulunya PK Pentadbiran saya.
Hi hi hi hi

4 comments:

Ibu Fiqah said...

salam tn. hj....
kesal juga rasa hati kerana sewaktu cikgu datang semalam tidak sempat untuk minum bersama....
kantin skrp ni seperti cikgu sedia maklum tutupnya agak cepat... kalau kebetulan terasa lapar sebelah tengahari, kena la menggagau cari biskut dlm tupperware... klu tak kena la tahan lapar...
semoga ikatan persahabatan akan terus berkekalan walaupun dari segi pentadbirannya telah berakhir...

kamalzaman said...

salam, hi hi hi
kena cari tupperware lainlah pulak, tupperware yang tu dah bawa J23..apalah biskut masin aje..persahabatan yang baik akan kekal selamanya..

dr.hamsiahjuki.blogpot.com said...

InsyAllah tn haji akan mampu menjalankan tugas dengan baik. Asalkan kesihatan dijaga dengan baik. Teruskan usaha tn haji masa di skrp di sekolah baru dan amatlah beruntungnya warga sk jengka 23 kerana mendapat guru besar yang baik dan bertimbang rasa macam tn haji. Agak tegas namun sangat baik sebenarnya. hanya orang yang tak kenal sahaja menilai tn haji sebagai garang. Hanya Jauhari mengenal manikam... gd luck tn haji. Sukses selalu.kalau nak ikan terubok sms je... nanti saya dan suami hantar.

kamalzaman said...

Terima kasih, nanti saya akan beritahu semula