Wednesday, December 14, 2011
IAB- Seri Layang
bunga strawberri
bunga matahari
13 Disember 2011, baru lalu telah diadakan taklimat SBPA kepada Guru Besar dan Pengetua bagi 4 dearah di Pahang. Saya tidak berminat bercerita tentang itu.
Kali pertama saya ke AIB, dalam tahun 1988, kursus pengurusan pusat sumber. Peristiwa yang menggemparkan negara waktu itu, "Operasi Lalang" berlaku sewaktu kami sedang berkursus. Implikasi kepada negara semua orang telah tahu..mengukuhkan kuasa mahathir.
Ini juga bukan yang mahu saya ulas.
Iklim pada waktu itu sejuk..sejauk terasa hingga ke tulang seperti berada di Kundasang, Sabah pada waktu itu. Hutan masih tebal. Pokok paku gajah masih banyak. Ulat gonggok merayap hingga ke bilik asrama, saiznya sebesar ibu jari kaki. Riang-riang (cicada) sentiasa berbunyi siang atau malam. Kalau berjalan ditepi belukar, jika diselak sedikit daun-daun kering, akan kelihatan caing tanah di permukaan.
Kini semuanya tinggal kenangan. Cuaca mula panas, pakai baju pagoda aje..tak terasa sejuk. Serengga yang mudah dilihat hanyalah lalat. Lalat melambangkan pembangunan yang tidak terurus.
Paling memeranjatkan, ladang sayur telah saujana mata memandang. Di Sri Layang, telah ujud sebauh bazar memasarkan hasil tanaman di kawasan sekitar. Kawasan bazaar tu sangat besar, lengkap dengan tanaman salad dan strawberi. Pengunjung boleh memetik sendiri dengan bayaran minima. Paling mermeranjatkan saya pengurus tempat itu adalah kenalan jauh saya. Sebelum ini beliau bertugas di Cameron Highland, menguruskan sebuat resort percutian dan kawasan tanaman sayur.
Saya bukanlah seorang enviromentalis, cuma saya terfikir, apakah yang akan kita tunjukkan pada generasi akan datang.
Wednesday, November 30, 2011
Bila umur semakin meningkat
Saya ke ke Klinik Kesihatan Mentakab dan selepas itu ke Klinik Kesihatan Simpang Songsang untuk tujuan x-ray dan anlisa x-ray.
Sebelum ini saya telah diperiksa oleh seorang doktor, yang juga anak saudara saya sendiri di rumah. Disebabkan di rumah tiada peralatan saya dinasihatkan pergi kemana-mana klinik atau hospital yang ada kemudahan x-ray atau CT scan.
Pemeriksaan awal, meramalkan salah satu dari tulang belakang di bahagian punggung mungkin tergelincir.Sejak itu saya mula merujuk kepada beberapa buku yang ada kaitan dengan slipped disk.Sekiranya disk yang tergelincir tu telah pecah..akibatnya kita sukar untuk bergerak.Kata anak saudara saya, ianya baru di peringkat awal.
Analisis x-ray mengesahkan, saya mengalami slipped disk peringkat awal. Saya perlu menjalani rawatan fisiotheraphy di Hospital Temerloh untuk sekurang-kurangnya 6 bulan kesetahun. Saya dinasihatkan supaya mengelakkan dari melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan pinggang.
Syukur, Alhamdulillah, saya dapat mengesan dan rawatan awal. Saya amat bersyukur, sewaktu muda dahulu, saya telah pun melakukan pelbagai akvitiviti lasak seperti mendaki gunung (beberapa kali) aktiviti flying fox, repelling dan wall climbing. Kalau tidak tak merasalah nak melakukannya kini.
Tuesday, November 15, 2011
Minggu yang sibuk
Selasa - 15 Nov 2011 - Mesyuarat bersama Ahli Parlimen Kuala Krau
Rabu - 16 Nov 2011 - Pagi ke bank urusan KWAPM
Petang Majlis Penutupan Membaca 1M
Khamis - 17 Nov 2011 - Keputusan UPSR diumumkan
Jumaat - 18 Nov 2011 - Mesyuarat Akhir Tahun
Wednesday, November 9, 2011
Bicara Pusaka Aruah Ibu
Bermula dari tahun 2008, saya dan kakak telah berusaha untuk mengumpulkan kesemua adik beradik untuk urusan ini. Akhir pada 8 Nov 2011, semua urusan selesai. Termasuklah pembahagian untuk keluarga aruah abang. Abang meninggal sebelum sempat selesai urusan harta peninggalan aruah ibu.
Sedih kerana ibu dan abang telah tiada. Gembira kerana telah menyelesaikan semua urusan. Yang berhak telah dapat bahagian masing-masing. Saya dan kakak dengan rela menyerahkan semua bahagian masing-masing kepada adik beradik yang lain. Hal ini telah pun saya bincangkan dengan isteri. Isteri pun sangat bersetuju kerana semua rezeki kita di tentukan ALLAH.
Semuga aruah ibu dan abang bersemadi dengan tenang dan di rahmati ALLAH. Al Fatihah.
Friday, November 4, 2011
Sekadar bandingan - nostalgia SKRP
Sengaja saya upload satu edisi Sekolah Kita, sekadar bandingan. Satu penerbitan tyang telah pun mencapai 3 tahun, sementara satu penerbitan baru seminggu.
Memang tidak adil, tetapi tidak salah dijadikan perbandingan. Satu penerbitan kecil, walaun sekecil mana pun memerlukan satu penelitian dan kerja yang bersungguh-sungguh.
TAHNIAH BUAT SEMUA
Wednesday, November 2, 2011
Newsletter Sekolah Ku
Friday, October 28, 2011
Tazkirah Pagi Jumaat
Pelajar-pelajar dan guru-guru sedang mengikuti tazkirah pagi Jumaat di dewan sekolah
Seronok dapat berkumpul dalam majlis ilmu seperti ini. Seminggu sekali semua pelajar dan guru, berkumpul di dewan sekolah untuk mengikuti program selama 10 minit ini. Tajuk minggu ini - Menjauhi Sifat Sombong -
Lupa pulak nama ustazah tu...hi hi hi
Tajuk yang menarik dan mengesankan hati saya..
Wednesday, October 26, 2011
Rindu kat Fifi
Saturday, October 15, 2011
Nostalgia Okt2008 - Okt2011
Kalau bersara umor 60 tahun, hi hi hi hi agak-agaknya saya yang mana satu.......
Video mingguan: Tema Kerjasama
Mengingati kembali sewaktu pertama kali, berhadapan dengan guru-guru SK Rantau Panjang, tak ramai yang menguasai literasi komputer. Sebilangan hanya boleh menggunakan MS Office.
Beberapa siri, saya mengadakan ,kursus LDP, Photoshop 7, sekadar mengenal perisian baru. Belajar membuat banner yang mudah, hanya 1 layer aje. Belajar masukkan gambar, design teks dan beberapa ilustrasi. Hanya beberapa guru aje yang ada kamera digital.
Menjelang tahun 2010, semua GPK telah mempunyai laptop sendiri dan tahu menggunakan internet. Sebahagian besar telah ada laptop sendiri, laptop sekolah terperosok dalam kabinet. Masih baik dan tak digunakan. Hampir setiap meja di bilik guru ada laptop terpasang. Kebanyakkannya berkuasa samada I3 atau I5 dan I7 belum ada lagi dan ada yang mempunyai NVDIA GeForce sebagai grafik card. Tablet pun ada yang menggunakannya.
Kamera digital sudah menjadi lumrah.
Begitulah jika mahu berubah. Diri sendiri yang mengubahnya.
Dari persembahan tema mingguan menggunakan Power Point beralih ke Pinncacle Studio, perisian serba canggih yang digunakan dalam penerbitan clip video komersial. Menukar format video, avi, mpeg, mpeg4 sudah menjadi kebiasaan, penggunaan memory card menggantikan pen drive.Ada yang mempunyai blog sendiri. Sesuatu yang membanggakan, malahan P&P dari Prasekolah ke Tahun 6, juga menggunakannya. Facebook adalah perkara biasa bagi murid-murid dan guru-guru. Malah ada yang mempunyai blog sendiri. Teruk FT17 - juruteknik makmal memantau murid waktu rehat.
Jutaaan terima kasih kepada Abang Sharudin, suami Puan Humsiah, yang bertungkuslumus telah mengenalkan dan mengajar Pinnacle Studio kepada semua guru-guru. Abang Sharudin bukan sahaja sanggup berkongsi ilmu malah berkonmgsi tenaga. Beberapa kali beliau menawarkan tenaga untuk melatih murid-murid. Budi baik beliau kekal di ingatan. Semuga beliau sejahtera dan berbahagia disamping keluarga hingga ke akhir hayat dan didalam lindungan ALLAH.
Wednesday, October 12, 2011
Sekadar catatan
Di sebelah kiri adalah Blok Pentadbiran dan bilik-bilik khas, Di sebelah kanan pula adalah bilik-bilik kelas. Dipisahkan oleh mini taman.
Padang sekolah yang luas
Sebelum ini saya bertolak ke sekolah paling lewat 6.15 pagi, supaya tiba sebelum jam 7.00 pagi.Hi hi hi sekarang ni saya bertolak jam 6.40 pg dan sampai sebelum jam 7.Tiada kesesakan di jalan raya kecuali di tiga tempat, Simpang Awah, Simpang LPT dan di simpang J23.
Masih dalam proses menyesuaikan diri dan mengenal guru-guru dan kakitangan. Bila membuka blog ini, terdapat beberapa reply dari guru-guru SKRP, rasa diri saya ini kecil sekali. Teringat lagu Hetty Koes Endang, Apa Yang Kau Cari...hi hi hi
Monday, October 10, 2011
Kenal bunga ni,ini bunga telang. Bagi penggemar nasi ulam, dari bunga inilah datangnya warna biru pada nasi tu. Ramai peniaga tidak jujur menggunakan pewarna dan pewangi makanan bagi menggantikan bunga ini. Semasa memasak nasi, apabila mendidih bubuhlah bunga ini di dalam nasi. Warna birunya akan mewarnai nasi dan nasi berbau harum. Jika nasi ulam yang dibeli tu terlalu biru dan terlalu harum, itulah tandanya pewarna makanan digunakan.
Akhir 70an dulu semasa belajar di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan, saya tidak boleh menerima makanan tradisi orang-orang kelantan seperti nasi ulam, keropok gote dan berbagai jenis kuih. Alasannya, makanan terlalu berwarna warni dan terlalu berasaskan gula.Makanan harian saya terhad kepada roti, masakan ikan dan kari. Masakan berasaskan kari amat sukar di temui pada masa itu. Roti segar boleh didapati di kilang kecil dihadapan perhentian bas Kota Bharu dan beranika roti di sebuah bekery berhampiran Restoran Suntoo. Masih adakah lagi tempat-tempat itu.
Setelah lebih 30 tahun menetap di Temerloh ini, saya mula mengadaptasi berbagai jenis makananan seperti ini.Sebahgian besar peniaga makanan di Temerloh ini terdiri dari keturunan Kelantan, Siam dan Kampar. Bilang peniaga lokal amat kurang sekali.
Serah tugas
Saya mengambil semua barang-barang peribadi saya, bantal lapik belakang, pembaris kayu panjang, penyangkut baju, kain pareo penutup kerusi dan 2 helai karpet (yang terlalu buruk). Sebahagian barang-barang ini terlalu peribadi buat saya. ianya dihadiah oleh seorang kenalan sewaktu saya mula dinaikkan pangkat dahulu. Tiada nilai kewangan hanya sentimental value.
Bersalaman dengan guru-guru dan kakitangan sebelum saya mengundurkan diri.
Di kepala saya, humming, lagu Wali Band "Yank".
Cacatan: Tn Hj Zakria ini dahulunya PK Pentadbiran saya.
Hi hi hi hi
Thursday, October 6, 2011
Sekolah baru
Disambut oleh Tn Hj Reza dan diberikan taklimat pentadbiran am dan kewangan.Selepas itu dibawa melawat ke sekitar sekolah. Sekolah ini memang ceria dan mempunyai kawasan yang luas.
Susun atur bangunan nya selari dan makmal komputer hanya mempunyai 4 pc sahaja yang berfungsi. Mempunyai wifi untuk kemudahan warga sekolah.
Landskapnya elok dan menarik. tak banyak kerja yang perlu dilakukan. Hanya mengekalkan apa yang ada. Penerbitan newsletter untuk murid tidak ada dan ini sedang saya fikirkan.
Persembahan tema mingguan juga tidak ada, manakala tv LCD masih didalam kotak lagi.
Petang semalam Ustaz Matsah menalifon dari Kota Suci Madinah, kami berbual panjang.
Adios SK Rantau Panjang, jumpa lagi
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga,
Buka mudah menampi selasih,
Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah meninggalkan kekasih,
Kasih sudah sudah bercampur sayang......
Tuesday, October 4, 2011
Pertukaran sekolah
Pada saya ok aje. Sebelum inipun saya bertugas agak jauh dari rumah.
Saya meninggalkan sekolah ini dengan rasa kepuasan. Disegi fizikalnya, bilik guru, perpustakaan, makmal komputer yang berfungsi, pejabat berhawadingin. Ianya tiada semasa saya melaporkan diri 2 tahun lalu.
Wang dalam akaun suwa dan kerajaan 28k. Tiada hutang dengan mana2 pengedar dan pembekal. Berbanding 8k semasa nmelapor diri dulu.
Cuma keputusan UPSR aje baru mencapai 51%.
Semuaga sekolah ini terus gemilang demi anak bangsa kita. Tiada lara didalam hati meninggalkan sekolah ini cuma senyuman kepuasan. Terkilan sedikit buah rambutan sedang membesar dan nangka madu yang ditanam telah merasa manisnya. Hi hi hi
Sunday, October 2, 2011
Sekadar kenangan
21 Sept 2011 yang lalu, abang tertua saya, Karim meninggal dunia di Hospital Melaka.
Beliau mengidap kanser pakereas. Malangnya beliau baru disahkan dan belum lagi mendapat rawatan. Alfatihah buat beliau dan semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Pada masa yang sama, kakak yang kedua, Norsiah sedang menjalani rawatan kemotrafi di Hospital Seremban, beliau sedang mendapat rawatan bagi kenser usus. Malang sungguh kakak ( yang kami Wok ) tidak dapat menziarahi aruah abang.
Di rumah kakak, di Bandar Baru Serting, abah sedang uzur. Telah hampir setahun abah kena serangan stroke (mild). Beliau boleh menguruskan diri sendiri tetapi perlu dibantu untuk bangun dan ke bilik air.Ayah juga tiada kesempatan untuk menziarahi aruah abang. Balik dari pengkebumian abang, saya singgah menziarahi abah, abah hanya senyap dan tidak berkata apa-apa. Sebelum balik abah berpesan supaya menguruskan perbicaraan pesaka bagi pihak aruah abang. Saya hanya mengucapkan InsyaAllah.
Friday, September 30, 2011
Kekurangan guru dan kakitangan di hujung tahun
Cerita lama berulang lagi setiap tahun. Bila hujung tahun , kebanyakan guru akan menghadiri kursus anjuran JPNP, KPM dan PPD Temerloh. Hal ini telah berlarutan sejak zaman kesultanan melaka lagi, walaupun berbagai syor dan cadangan telah dikemukakan.
Tidak ketinggalan dan ditambah lagi apabila 2 guru Jqaf sedang cuti bersalin, 2 orang guru lagi bercuti menunaikan fardhu haji.
PPD Temerloh akan menghantar penggganti atau guru gantu jika ada calon. Malangnya tiada calon yang yang bersedia untuk bertugas selama 60 hari saja.
Ok bye2