Kalau bersara umor 60 tahun, hi hi hi hi agak-agaknya saya yang mana satu.......
Video mingguan: Tema Kerjasama
Mengingati kembali sewaktu pertama kali, berhadapan dengan guru-guru SK Rantau Panjang, tak ramai yang menguasai literasi komputer. Sebilangan hanya boleh menggunakan MS Office.
Beberapa siri, saya mengadakan ,kursus LDP, Photoshop 7, sekadar mengenal perisian baru. Belajar membuat banner yang mudah, hanya 1 layer aje. Belajar masukkan gambar, design teks dan beberapa ilustrasi. Hanya beberapa guru aje yang ada kamera digital.
Menjelang tahun 2010, semua GPK telah mempunyai laptop sendiri dan tahu menggunakan internet. Sebahagian besar telah ada laptop sendiri, laptop sekolah terperosok dalam kabinet. Masih baik dan tak digunakan. Hampir setiap meja di bilik guru ada laptop terpasang. Kebanyakkannya berkuasa samada I3 atau I5 dan I7 belum ada lagi dan ada yang mempunyai NVDIA GeForce sebagai grafik card. Tablet pun ada yang menggunakannya.
Kamera digital sudah menjadi lumrah.
Begitulah jika mahu berubah. Diri sendiri yang mengubahnya.
Dari persembahan tema mingguan menggunakan Power Point beralih ke Pinncacle Studio, perisian serba canggih yang digunakan dalam penerbitan clip video komersial. Menukar format video, avi, mpeg, mpeg4 sudah menjadi kebiasaan, penggunaan memory card menggantikan pen drive.Ada yang mempunyai blog sendiri. Sesuatu yang membanggakan, malahan P&P dari Prasekolah ke Tahun 6, juga menggunakannya. Facebook adalah perkara biasa bagi murid-murid dan guru-guru. Malah ada yang mempunyai blog sendiri. Teruk FT17 - juruteknik makmal memantau murid waktu rehat.
Jutaaan terima kasih kepada Abang Sharudin, suami Puan Humsiah, yang bertungkuslumus telah mengenalkan dan mengajar Pinnacle Studio kepada semua guru-guru. Abang Sharudin bukan sahaja sanggup berkongsi ilmu malah berkonmgsi tenaga. Beberapa kali beliau menawarkan tenaga untuk melatih murid-murid. Budi baik beliau kekal di ingatan. Semuga beliau sejahtera dan berbahagia disamping keluarga hingga ke akhir hayat dan didalam lindungan ALLAH.
6 comments:
Salam Tn haji saya mewakili suami saya mengucapkan sama-sama. Dia beritahu perkongsian ilmu adalah satu sedekah dia berbangga dpt membantu sb tiada a pa yg boleh dibuat untuk membantu. pada saya semua guru skrp jd minat Ict sb bossnye berjiwa ICT. Saya suka ict sb buat saya menerokai sesuatu yg baru berkaitan dgn ict.Memang hobi saya dan abg zul tu suka gadjet yg baru serta soft ware yg baru.Tn haji jika ada sofeware yg baru bolehlah mintak ye.take care k.untung sk jengka dpt tn haji.
Satu lupa, kalau sampai umur enam puluh saya rasa tn haji yg guna kopiah tu he he.gurau je.
isk isk...saya pulak terbalik..makin tua makin nampak muda aje...sbb selalu makan ikan terubuk sarawak...hi hi hi hi hi
salam...
saya sependapat dengan hamsiah... cikgu yg pakai kopiah tu la...
kalau macam tu cukup umur 55 nak minta bersaralah...hi hi hi
Betul tu tn haji sebab mesti bosan sb org lain semua tua-tua je...he he..
Post a Comment