Pagi tadi ke SK Jengka 23, melapor diri, 30 km dari rumah, sama dengan sekolah lama. Pergi agak lewat, jam 8, perjalanan memakan masa 20 minit, mungkin disebabkan jalan telah lengang. Dipintu pagar, ditahan oleh pengawal keselamatan, yang meminta menulis nama sebelum masuk ke sekolah.
Disambut oleh Tn Hj Reza dan diberikan taklimat pentadbiran am dan kewangan.Selepas itu dibawa melawat ke sekitar sekolah. Sekolah ini memang ceria dan mempunyai kawasan yang luas.
Susun atur bangunan nya selari dan makmal komputer hanya mempunyai 4 pc sahaja yang berfungsi. Mempunyai wifi untuk kemudahan warga sekolah.
Landskapnya elok dan menarik. tak banyak kerja yang perlu dilakukan. Hanya mengekalkan apa yang ada. Penerbitan newsletter untuk murid tidak ada dan ini sedang saya fikirkan.
Persembahan tema mingguan juga tidak ada, manakala tv LCD masih didalam kotak lagi.
Petang semalam Ustaz Matsah menalifon dari Kota Suci Madinah, kami berbual panjang.
Adios SK Rantau Panjang, jumpa lagi
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga,
Buka mudah menampi selasih,
Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah meninggalkan kekasih,
Kasih sudah sudah bercampur sayang......
5 comments:
GOOD LUCK TN HAJI.MOGA SUKSES DAN SIHAT SELALU. THANKS AIRCONEKAN BILIK GURU SEBAB SAYA JENIS KUAT PELUH.THANKS FOR EVERTHING.
DARI HAMSIAH JUKI
Aircond buruk aje.Harapkan boleh bertahan lama. Terima kasih kerana membantu saya menguruskan sekolah selama ini. Begitu juga dengan guru-guru lain. Semuga sukses selalu.
SAMA-SAMA... SEMUA UNTUK KEBAIKAN. YANG PENTING WALAUPUN BURUK TAPI MAMPU MEMBERI KESELESAAN. KURANGKAN STRESS.
Tunjuk ajar dan bimbingan th hj menjadi pedoman dan panduan untuk masa depan...
Terima kasih atas segalanya....
Isk isk dah 2 orang memuji ni..bahaya...nanti saya lupa diri pulak. Walaubagimana pun jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah bertungkuslumus membantu saya. Hanya Allah jua yang akan membalasnya.
Post a Comment