Labels

Total Pageviews

Thursday, December 28, 2006

Selamat Hari raya Aiduladha


Esok sabtu, ahad sambutan hari raya haji. Setiap kali hari raya haji saya teringat masa mengerjakan haji dulu. Jemaah memang ramai, semuanya memakai pakaian ihram, putih dan seragam. Perjalanannya satu arah sahaja.


Hari raya kali ini, kami sekeluarga akan mengadakan Qurban, seekor kerbau. Untuk kami anak beranak. harapnya akan diterima oleh Allah.
Di Lobby Hotel Santana Cairo, Hidayat dan ibu saudaranya , semasa kami mengerjakan umrah Jun 2006

Wednesday, December 27, 2006

Peperiksaan PTK


Tahun ni malas nak ambil PTK. Rehat dulu setahun, lepas tu baru ambil pulak. Tahun ni tak belajar langsung.

Di Piramid Giza, Cairo jun 2006

Tuesday, December 26, 2006

Cuti hujung tahun


Sabtu, ahad, isnin dan selasa - cuti, kebetulan pula bersambung dengan cuti hari natal. Kesempatan ini digunakan untuk mengecat rumah. Siap 3 buah bilik. Tinggal 2 buah bilik lagi. Agaknya cuti bulan Februari nanti nak sambung.

Minggu depan hari raya qurban, pada masa ini 2 tahun yang lalu saya berada di mekah sedang bersiap untuk ke arafah untuk wukuf. Jemaah haji memang ramai, menuruit Arab News, ada kira-kira 15 juta jemaah termasuk yang berdaftar dan tidak berdaftar

Langkawi Cable Car - cuti bersama keluarga Nov 2006

Thursday, December 21, 2006

Semakan murid SBAK At Taqwa


Sekolah ni baru saja diambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Entah dimana sialpnya pembahagian peralatan PPSMI untuk sekolah ini berlebihan. Dah pun hubungi Bob di JPN suapa dibetulkan, keputusannya peralatan ICT lebihan akan disimpan di PPD Temerloh dan akan dipulangkan bila diperlukan semula.

Okey. Nampaknya Temerloh akan banjir tapi bila.

Mesyuarat Perbekalan PPSMI


Pertama kali semua Penyelia ICT dilibatkan dalam perbekalan, sebelun ini hanya Kuantan dan Temerloh sahaja yang terlibat.

Bukan sahaja kelas, malah makmal sains juga dibekalkan dengan PC. Kelas Pendidikan Khas dan Kelas Pemulihan juga akan menerima laptop.

Dengan guru-guru yang celik IT, maka generasi akan datang adalah genarasi yang menguasi teknologi.

Ok
Bersama isteri di kilang kiswah di Mekah Mei 2006

21.12.2009

Wednesday, December 20, 2006

Penyeliaan pra sesi sekolah


Pergi ke SK Batu Sawar dan SK Gunung Senyum. Sekolah sedang sediakan jadual waktu dan keceriaan belum memuaskan sbb 2 minggu lagi baru sekolah dibuka.

Di Lobby Movinpick Madinah sedang menunggu

bas untuk ke Mekah. Mei 2006, sedang dalam ihram

Pergi mesyuarat


Esok nak ke PPD Kuantan, mesyuarat PPSMI - agihan dan isu-isu.
Semuanya cerita lama macam tahun lepas. Kerja tahun lepas pun ada yang tak selesai lagi macam kat SMT Puteri.

Wednesday, December 13, 2006

Banyaknya kerja

Disember adalah musim cuti sekolah. Tapi di PPD masa inilah untuk menyiapkan semua kerja-kerja sebab out station kurang. Masa ini juga penyeliaan kepada semua yang berkaitan dengan ICT di sekolah perlu diselia, supaya apabila persekolahan yang bermula pada Januari 2007 nanti tidak terganggu.