Labels

Total Pageviews

Tuesday, November 20, 2012

Kisah Jiran

    Terus terang, saya sebenarnya tidak mengenali jiran sebelah kanan rumah saya. Keluarga ini menyewa sejak beberapa bulan lalu. Isterinya seorang jururawat, di Hospital Temerloh, sementara suaminya, dari pemerhatian saya tidak bekerja. Mereka tidak mempunyai anak.

      Sejak mula berpindah, keluarga ini sering membunyikan radio dan televisyen agak kuat, hingga terganggu kami berdua. Sebaik sahaja mendengar bunyi radio yang kuat, saya akan menutup pintu dan tingkap, ruang tamu dan memasang aircond. Agaknya keluarga ini terperasan dan sekarang tiada lagi bunyi yang kuat.

       Pada mulanya, keluarga ini tidak mempunyai tomg sampah sendiri, semua sampah rumahtangga "disumbat" dalam tong sampah kami. Sampahnya tidak dibubuh dalam beg plastik seperti sepatutnya. Saya telah mengalihkan tempat letak tong sampah kami, betul-betul di depan porch.



      Beberapa hari lepas, kami terperasan, keluarga ini tiada di rumah telah beberapa hari. Kebetulan petang itu saya keluar ke belakang rumah untuk mencuci longkang. Saya terpesan bunyi berdecit-decit. Rupanya, ada sangkar arnab, arnab didalamnya berpusing-pusing dan memandang  dengan sayu. Saya cuba masuk tetapi pintu belakang berkunci. Pastinya arnab  ini kelaparan. Saya hanya berupa memancutkan air dari jauh untuk menyejukkan arnab tu dengan harapan sebahagian air akan masuk ke dalam bekas makanan.




Kesian, tapi apakan daya.

Monday, November 19, 2012

Kempen Jalan Kaki Anti Lynas dan Dam The Dam Kuantan ke KLumpur

        Hairan, bagaimana pemimpin politik kita berfikir, membawa bencana masuk "dalam rumah". Industri yang tidak dikehendaki dinegara luar tetapi dijemput kedalam negara.  Pengajaran kebocoran reaktor nuklear Fuj\kushima di Jepun, tidak dijadikan pengajaran. Mungkin...mungkin...mungkin..pemimpin kita hanya pandai ilmu putar belit, menipun rakyat dan makan komisyen aje nyang ada di dalam kepala. Yang lain-lain....membosankan..

Sebahagian gambar-gambar yang diambil semasa protes ini lalu di kawasan saya. Menghairankan, orang melayu sangat sedikit menyertainya. Disebabkan keadaan kesihatan, saya tidak mampu menyertainya, sokongan saya cukuplah sekadar menyediakan beberapa botol air minuman buat peserta







Semuga berjaya.

Friday, November 9, 2012

Program Kesihatan Guru
Pemeriksaan Tekanan Darah dan Ujian Glucose

     Berikutan teguran pihak Nazir dan Jaminan Kualiti, dua minggu lalu, pihak sekolah telah melaksanakan program pemeriksaan kesihatan untuk guru-guru, dengan kerjasama Klinik  Kesihatan Jengka 23. Ujian glucose di kendalikan sendiri oleh saya,menggunakan kit Optium Exceed sementara pemeriksaan tekanan darah dikendalikan oleh jururawat terlatih.

      Hasil dari pemeriksaan ini mendapati 2 orang guru mempunyai kadar bacaan glucose  8, melebihi kadar maksima  normal 7.0, walaupun dalam keadaan berpuasa.  Pihak jururawat menasihati kedua orang guru ini, mengawal pemakanan dan diet harian.

       Sementara 5 orang guru lagi diminta membuat rujukan pemeriksaan lanjutan kerana mempunyai tekanan darah yang melebihi tahap normal, 120/80. Ada yang setinggi 190/110. Rata-rata guru wanita mempunyai tekanan darah yang rendah. Begitu juga bacaan glucose guru wanila antar 4 - 6 sahaja.
       
        Beberapa orang guru telah meminta ujian ulangan bagi tekanan darah tinggi, hasilnya tetap sama, kesian Cikgu Jefri, Cikgu Zamri dan Cikgu Roslinda.

        Walaupun ujian ini kecil sahaja, rata-rata guru melahirkan perasaan gembira, buat pertama kalinya sejak berkhidmat, menunjukkan pentadbir sekolah prihatin terhadap kebajikan guru. Pihak klinik kesihatan meminta sekolah membuat program ini, 6 bulan sekali dan akan menjalankan ujian kolestrol dan ujian pap smear untuk guru wanita dimasa akan datang. Satu aktiviti kecil, impaknya, menggembirakan.

        Selamat bercuti buat warga SK LKTP J23, semuga 2013, akan membuka lembaran baru buat kita semua.

 Boleh caya ke....hi hi hi hi

 Cikgu Jafri

Tekun meneliti, sebab kali pertama menjalani ujian glucose

  Cikgu Nurul Atieka

 Ustazah Mazura

 Cikgu Zambrie, sedang berbincang, nak ambil bp, tapi ragu-ragu

 Masih ragu-ragu

 Cikgu Jezrina

 2 orang Jururawat dari Klinik Kesihatan Jengka 23, jutaan terima kasih

Berbincang selepas bp diambil

Sunday, November 4, 2012

Masyarakat dan kita

      Kalau ada kelapangan, setiap huung minggu kami akan berbelanja barang-barang basah sama ada di Pekan Sari Temerloh atau ke pasaraya. Rangkaian pasaraya TF di Mentakab atau di Temerloh selalunya menjadi pilihan. Kerapnya kami ke TF Temerloh, sebab lebih hampir dengan rumah dan parking kereta yang luas. Untuk makan 2 mulut aje, saya dan isteri, tidak bebelanja banyak. Lainlah kalau ada anak-anak balik.

Banyak kali saya terlihat, cuma kali ini saya berkesempatan mengambil gambar, itupun semasa beratur dikaunter.Inilah sikap kita atau sikap masyarakat kita.


 Membuka kotak coklat untuk melihat hadiah permainan yang disertakan.
Siapa agaknya  yang membuat, bukan anak..tetapi ayahnya.


Makan dahulu sebelum membayarnya.Kulitnya di letakkkan di celah bungkusan roti. Pelakunya...ayahnya berumur dalam anggaran akhir 40an..
Kesian...gagalnya sistem pendidikan dan norma-norma masyarakat.

Sekadar ingatan buat diri sendiri dan anggota keluarga. Kata penyanyai Pak Pandir, ada mata lihat, ada telinga dengar...hi hi hi