Labels

Total Pageviews

Wednesday, March 28, 2012

Belimbing buluh

Kenal tak pokok ni..ada orang panggil belimbing masam..ada yang panggil belimbning buluh. Anyway gunanya sama ada untuk masakan atau untuk buang kesan daki di badan.
      Rasanya pastilah masam. Kat kampong..tak ada nilainya..berbunga..berbuah..masak dan luruh ke tanah aje. Ada yang juga kutip dan bawa jual ke pekan sari. Kalau kat kampong minta je..tuannya akan beri tanpa banyak soal.
Bagi yang rajin cuba resepi yang saya berikan. Ianya boleh dibuat pembuka selera, letakkan dalam bekas..seeloknya bekas kaca..kalau plastik atau tupperware ia akan menyerap bau plastik tu.

Belimbing buluh tu, dalam 1kg tu..sikit aje dalam 2 pot susu aje, bersihkan dahulu..dikhuatiri ada serengga... Direbus (bukan istilah yang sesuai) tanpa air, bubuh garam kasar, garam halus tidak sesuai, sekejap aje.. airnya akan keluar..garamnya nak banyak...lebih kurang 1 kampit kecil..biarkan dia mendidih lama. Gunakan api yang kecil. Saya guna pyrex (sbb ada pyrex..) kalau guna periok aluminium..periok tu nanti dikhuatiri akan tembus. Orang kampong gunakan tin susu aje..lepas pakai dibuang. Kalau guna periok aluminium atau tembaga, bila kering ia berwarna hitam. Kalau pyrex ia berwarna coklat. Biarkan ia kering perlahan-lahan.
     Kalau gunakan belimbung buluh kuning ia iakan lebih banyak air. lagi lambat.
Jika banyak airnya, keluarkan, simpan didalam botol kaca. Simpan di dalam peti sejuk. Kalau isteri buat ikan bakar, bolehlah dibuat pencecahnya, campurkan sedikit cili api...Fuhhh mengalir air liur. Masin...masam..semuan ya sebati. Jika simpan diluar, tak tahan lama ia berkulat. Sebab tak cukup sempurna masaknya.
      Biarkan ia kering betul, selepas tu biarlah sejuk betul, barulah disimpan di dalam botol. Gunanya bila masak lemak cili api ayam (pangang atau tak panggang) bubuhlah sebagai perencahnya tapi jangan terlalu banyak. Apatah lagi kalau gulai daging salai, ikan keli. Fuhhh selera bang..Paling tidak bila isteri masak ikan sardin goreng atau gulai..bubuhlah..hilang hanyir bau ikan tu.
     Saya letak dalam bekas kaca macam balang kuih raya yang kecil. Bila makan nasi tu..saya ambil satu tonyoh dalam nasi panas. Ok gak..malas nak makan kicap.Macam-macam cerita pasal kicap ni.  Tapi masin dan masamlah. Boleh tahan berbulan-bulan jika garamnya dibubuh lebih. Percubaan pertama kita, kalau masam sangat kurang garam. Tak tahan lama. Yang saya punya, garamnya berpasir..memang banyak garam.  Cubalah buat sendiri..mudahkan.

Selamat mencuba. lain kali saya posting cara nak buat sambal hitam menggunakan belimbing ni.