Labels

Total Pageviews

Sunday, January 29, 2012






Abbot Xceed Glucose Tester dan Omran Blood Pressure Kit

Gajet Terkini

Nama aje terkini, daya dah miliki glucose tester sejak 2 tahun yang lalu. Kit ini dihadiah oleh anak saudara saya, Muhamad Syafiq, yang kini bekerja sebagai Ahli Farmasi di HKL. Saya gunakan sekali seminggu. Purata glucose saya cuma antara 5.0 - 5.8 dalam keadaan berpuasa. Ketepatan alat ini cuma 95% aje. Alat ini digunakan secara meluas di hospital-hospital kerajaan dan klinik swasta di negara kita. Kadangkala, saya membuat 2 kali seminggu ujian. Strip ujian ni agak mahal..kira-kira RM2 sekeping atau RM96 sekotak yang menghandungi 50 keping.

Omron blood pressure kit itu saya beli sejak 4 tahun yang lalu, alat inilah yang kerap saya gunakan, hampir setiap hari. Kita perlu membuat beberapa kali ujian untuk mendapatkan purata keputusannya. Sebelum membuat ujian ini, kita perlulah tenang dan relex. Kelemahan alat ini ialah apabila beterinya kurang..hasil ujian akan menjadi meragukan. Purata tekanan darah saya adalah 90/70..Ianya agak rendah seseorang yang pertengahan umur.

Selain saya, isteri saya juga menggunakannya. Bukannya takut mati..mati pasti datang bila tiba masanya. Ianya sekadar peringatan kepada kita. Kalau saya rasa sakit kepala yang luar biasa, atau rasa kurang selesa..tekanan darah saya rendah dari kebiasaannya. Saya perlu berhati-hati semasa memandu. Kadangkala saya merasa terlalu letih dan terketar-ketar khususnya semasa bulan puasa..ujian darah saya menunjukkan paras gula saya hanya sekitar 3.0 - 3.5 sahaja.

Gajet yang terakhir ialah handphone Xperia Sony, tak tau kenapa saya meminati hp Sony. Telah lebih 5 set hp Sony saya gunakan. Selain tu saya menggunakan set hand free bluetooth, terutama apabila memandu. Set bluetooth tu dah saya gunakan sejak 4 tahun yang lalu. Hp tu..wallpaper nya tentulah gambar FIFI...cucu kesayangan.....hi hi hi hi hi










Wednesday, January 18, 2012

 Kabinet dapur
kabinet peralatan
Pada awal tahun 2000 kami berpindah ke rumah baru dari Taman Sagumpas. Rumah di Taman Sagumpas tu kami sewakan. Rumah baru di Taman Jaya 4 ini, adalah rumah teres kos sederhana. Harganya pada waktu itu cuma RM35k sahaja. Itulah kemampuan kami pada waktu itu. Kami membelinya kerana memudahkan  anak-anak untuk bersekolah. Dari Taman Jaya ke SK Paya Pulai cuma 1 km aje.

Saya berjanji pada isteri saya, kita akan pasang kabinet apa bila kita ada wang yang cukup. Akhirnya pada hujung minggu lalu, selepas menunggu selama 12 tahun, impian isteri saya untuk mempunyai set kebinet solid nyatoh tercapai. Kami menempah dari 2 pembekal, kabinet peralatan menggunakan sistem stack and rack dari Perabot Loh, Triang dan kabinet dapur ' wall mounted ' dari Chia and Chia, Bahau, Negeri Sembilan.

Terdapat perbedzaan yang nyata antara kedua pembekal. Buatan Perabot Loh lebih tegap. Kami boleh berdiri 2 orang di atas permukaan kabinet ini untuk mengisi barang-barang di rak  atas. Warna kemasannya lebih kepada warna kayu. Harga adalah harga pasaran semasa nyatoh pada masa kini.

Satu lagi yang masih belum ada kemampuan kami, nak buat island table. Harapkan dalam setahun dua ini nanti kami akan mampu memilikinya. 

Terima kasih wahai isteriku kerna sabar menanti..






Monday, January 9, 2012










Fifi dah setahun setengah pada 10 Disember lalu.

Ramai rakan-rakan guru bertanya, sambung ke 60 ke.... Jawapan yang pasti..TAK..32 tahun dan berlalu, hanya nak tunggu 3 tahun lagi ke umur 55, tak sabar rasanya nak tunggu time bersara. Nak rasa jadi cikgu pencen. 

Menjelang masa tu..Angah dan tamat belajar dan jika diizinkan ALLAH bergelar M.O. Sementara tu Hidayat pula dah tamat pengajian di Universiti Petronas dan mungkin sedang bertugas dimana-mana syarikat petrochemical atau dengan sponsornya Yayasan Pahang
 
Fifi masa tu dah berumur 4 tahun dan tak sabar nak bermain dengan cucu......yeah...




Thursday, January 5, 2012



Kenangan lalu...1969..Darjah 5 ..Lawatan ke K Lumpur ..Di Zoo Negara

       Sekarang ni terlalu banyak buku di rumah. Buku-buku saya, isteri dan anak-anak. Terbanyak buku-buku anak-anak dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan di universiti masih tersimpan. Kebanyakan buku-buku lama ni, saya ikat, masukkan dalam kotak dan simpan bawah tangga...hi hi hi rumah teres 2 tingkat memag ada tangga....Banyak..nak buang sayang. Simpan jae..sampai bila tak taulah..Yang tinggal buku anak-anak yang masih baru dan mahal antaranya buku-buku teknologi pertanain dan makanan- along punya-, buku-buku perubatan - angah punya - dan buku kejuteraan kimia - adik punya - dan buku-buku agama kebanyakkan saya beli di Mekah dan Madinah yang berada di rak.
          Dalam salah satu album lama tu saya jumpa gambar saya....hi hi hi...terlalu lama..puas saya memikir..dimana gambar ni di ambil..di zoo negara...di depan kandang buaya...sekarang termpat tu dah tak ada...lama woi...tahun 1969...bulan dah lupa....ramai kengkawan dalam tu saya dah tak ingat....Adios...rakan-rakan lama dari SK Rantau Panjang Masjid Tanah Melaka...muga jumpa lagi.....