Labels

Total Pageviews

Wednesday, September 26, 2012

Bunga idaman

bunga yang cantik
juga lagi cantik
kecil tapi sangat cantik
merah dan paling cantik
 walau pudar tapi cantik
orkid spesis periok kera...sangat cantik dan paling mahal
 orkid risis yang cantik
 lagi cantik
paling cantik
sangat cantik.

Sebahagian gambar yang dapat dirakam dari pameran MAHA 2010 dan sebahagian kecil dari laman idaman kami.


Friday, September 21, 2012


 Cucu kesayangan - Fifi
Atuk, nenek dan Fifi

Kelmarin, 21 September 2012, telah diadakan Majlis Penganugerahan PIBG Cemerlang bagi Sekolah-sekolah Daerah Temerloh 2011. Tahniah kepada yang menang, dan sekolah yang tidak terpilih perlulah berusaha lagi, termasuklah sekolah tempat saya bertugas.

Dua kertas kerja dibentangkan oleh sekolah yang menang, SK Bandar Temerloh dan SMK Bukit Damar. Banyak maklumat baru yang boleh dijadikan panduan.

Semasa waktu rehat, saya didatangi oleh seorang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Beliau telah memaklumkan, satu bantahan dari satu keluarga, yang anaknya telah ditolak oleh Guru Besar untuk mendaftar sebagai murid Prasekolah tahun 2013.Anaknya berumur 6 tahun, dan merasa terkilan dengan tindakan saya. Keluarga ini telah dinasihatkan oleh Pengerusi PIBG sekolah ini untuk melaporkan ke PPD Temerloh. Perkara ini berlaku kra-kira 10 hari yang lalu.

Saya telah maklumkan, keluarga ini tidak ada berjumpa saya, malahan mesyuarat pemilihan baru sahaja diadakan pada 18 September 2012 yang baru lalu. Semasa mesyuarat masih terdapat satu kekosongan lagi dan lembaga pemilih telah memilih seorang murid berumur 5 tahun sebagai mengisi kekeosongan. Minit mesyuarat dan senarai murid yang berjaya telah pun disahkan, telah dihantar ke PPD Temerloh untuk kelulusan.

Saya telah meminta penjelasan PK HEM, En Zamri tentang hal ini. Beliau memaklumkan kepada saya, tidak ada sesiapa pun berjumpa dengan beliau. Beliau amat terkejut dan merasa sangat terkilan dengan tindakan penjaga tersebut dan tindakan Pengerusi PIBG.

Pafda saya inilah satu contoh campur tangan PIBG dalam urusan pentadbiran sekolah. Saya amat berharap Pengerusi PIBG dapat bertindak bijak dan tidak menurut rasa hati sendiri.

Akhir kata, pujangga pernah berkata,  "orang gila tidak pernah mengaku gila, sebaliknya menuduh orang lain gila"
Salam
22 September 2012

Wednesday, September 19, 2012

Hari Keluarga SK LKTP Jengka 23
Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu
15 - 17 September 2012

Dititipkan beberapa keping gambar, semasa majlis makan malam. Biarlah gambar yang berbicara. Makan malam di sempurnakan di Restoran Tenang 2, Kuala Terengganu.

 Sedang menikmati makanan
 En Nasir dan keluarga
 Puan Jezrina dan suami dan keluarga En Zambrie
 Anchorman En Aminudddin
 En. Khairudin dan keluarga
 Ustaz Hishamudin dan keluarga
En. Ribuan dan keluarga

Tidak semua gambar dapat diuploadkan, kerana ruang yang sempit ini. Jutaan terima kasih atas kerjasama, masa, tenaga dan sumbangan yang dihulurkan. Semuga hubungan yang sangat baik ini akan terus berkekalan dan menjadi contoh kepada anak-anak kita. 
Wassalam

Tuesday, September 18, 2012

Sekadar catatan

Kita biasa mendengar kisah murid sekolah bergaduh. Bahkan serata dunia, murid sekolah bergaduh atas sebab-sebab yang mereka sahaja ketahui.
Pengalaman kali ini amat menarik. Kisah  ini agak menarik juga berlaku di sekolah ini. A dan B bergaduh berpunca dari kejadian ejek mengejek, kononnya disebabkan perebutan seorang murid perempuan di kelas yang sama. Walhal baru berumur 12 tahun
 Pergaduhan ini berlaku diwaktu petang di padang sekolah, semasa cuti hujung minggu. Lebih menarik lagi, sebahagian besar guru-guru sekolah ini sedang menyertai Hari Keluarga di Kuala Terengganu.
A ditumbuk oleh B, tetapi dibantu oleh abang dan emak B. Akibat pergaduhan yang tidak seimbang itu, A patah tangan, dan dirawat di hospital. Ayah A yang keletihan balik kerja pada malam itu, telah pergi kerumah B, dengan sebilah pedang dan ditenteramkan oleh jiran sekeliling. Mujurlah tiada perkara buruk berlaku.
Satu laporan polis dibuat oleh keluarga A. Di balai polis kononnya terjadi peristiwa yang tidak menenangkan keluarga A. Polis memujuk supaya A menarik balik laporan tersebut.

Hal yang sebenarnya tidak diketahui.  Saya hanya menasihatkan keluarga A yang datang berjumpa saya, supaya mendapatkan laporan perubatan dari hospital dan membuat laporan polis semula.
Satu laporan kejadian telah saya hantar untuk makluman pejabat pelajaran daerah.

Semuga kita semua dijauhi oleh segala fitnah ketas diri, keluarga dan rakan-rakan kita.
Sedih memikirkannya.