Labels

Total Pageviews

Tuesday, September 18, 2012

Sekadar catatan

Kita biasa mendengar kisah murid sekolah bergaduh. Bahkan serata dunia, murid sekolah bergaduh atas sebab-sebab yang mereka sahaja ketahui.
Pengalaman kali ini amat menarik. Kisah  ini agak menarik juga berlaku di sekolah ini. A dan B bergaduh berpunca dari kejadian ejek mengejek, kononnya disebabkan perebutan seorang murid perempuan di kelas yang sama. Walhal baru berumur 12 tahun
 Pergaduhan ini berlaku diwaktu petang di padang sekolah, semasa cuti hujung minggu. Lebih menarik lagi, sebahagian besar guru-guru sekolah ini sedang menyertai Hari Keluarga di Kuala Terengganu.
A ditumbuk oleh B, tetapi dibantu oleh abang dan emak B. Akibat pergaduhan yang tidak seimbang itu, A patah tangan, dan dirawat di hospital. Ayah A yang keletihan balik kerja pada malam itu, telah pergi kerumah B, dengan sebilah pedang dan ditenteramkan oleh jiran sekeliling. Mujurlah tiada perkara buruk berlaku.
Satu laporan polis dibuat oleh keluarga A. Di balai polis kononnya terjadi peristiwa yang tidak menenangkan keluarga A. Polis memujuk supaya A menarik balik laporan tersebut.

Hal yang sebenarnya tidak diketahui.  Saya hanya menasihatkan keluarga A yang datang berjumpa saya, supaya mendapatkan laporan perubatan dari hospital dan membuat laporan polis semula.
Satu laporan kejadian telah saya hantar untuk makluman pejabat pelajaran daerah.

Semuga kita semua dijauhi oleh segala fitnah ketas diri, keluarga dan rakan-rakan kita.
Sedih memikirkannya.

No comments: