Labels

Total Pageviews

Friday, September 21, 2012


 Cucu kesayangan - Fifi
Atuk, nenek dan Fifi

Kelmarin, 21 September 2012, telah diadakan Majlis Penganugerahan PIBG Cemerlang bagi Sekolah-sekolah Daerah Temerloh 2011. Tahniah kepada yang menang, dan sekolah yang tidak terpilih perlulah berusaha lagi, termasuklah sekolah tempat saya bertugas.

Dua kertas kerja dibentangkan oleh sekolah yang menang, SK Bandar Temerloh dan SMK Bukit Damar. Banyak maklumat baru yang boleh dijadikan panduan.

Semasa waktu rehat, saya didatangi oleh seorang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Beliau telah memaklumkan, satu bantahan dari satu keluarga, yang anaknya telah ditolak oleh Guru Besar untuk mendaftar sebagai murid Prasekolah tahun 2013.Anaknya berumur 6 tahun, dan merasa terkilan dengan tindakan saya. Keluarga ini telah dinasihatkan oleh Pengerusi PIBG sekolah ini untuk melaporkan ke PPD Temerloh. Perkara ini berlaku kra-kira 10 hari yang lalu.

Saya telah maklumkan, keluarga ini tidak ada berjumpa saya, malahan mesyuarat pemilihan baru sahaja diadakan pada 18 September 2012 yang baru lalu. Semasa mesyuarat masih terdapat satu kekosongan lagi dan lembaga pemilih telah memilih seorang murid berumur 5 tahun sebagai mengisi kekeosongan. Minit mesyuarat dan senarai murid yang berjaya telah pun disahkan, telah dihantar ke PPD Temerloh untuk kelulusan.

Saya telah meminta penjelasan PK HEM, En Zamri tentang hal ini. Beliau memaklumkan kepada saya, tidak ada sesiapa pun berjumpa dengan beliau. Beliau amat terkejut dan merasa sangat terkilan dengan tindakan penjaga tersebut dan tindakan Pengerusi PIBG.

Pafda saya inilah satu contoh campur tangan PIBG dalam urusan pentadbiran sekolah. Saya amat berharap Pengerusi PIBG dapat bertindak bijak dan tidak menurut rasa hati sendiri.

Akhir kata, pujangga pernah berkata,  "orang gila tidak pernah mengaku gila, sebaliknya menuduh orang lain gila"
Salam
22 September 2012

No comments: