Labels

Total Pageviews

Sunday, January 28, 2007

Kutipan Data Emis Jan 2007


Sepanjang minggu ini agak sibuk. Bermula daripada 23 Jan 2007 - Isnin, membantu Unit Rendah untuk menyiapkan ABM tahun 2008 dan 2009.Terlalu banyak masa digunakan. Sepanjang minggu balik paling awal jam 7 malam. Ada masanya balik jam 9.00 malam. Sabtu dan ahad juga terpaksa hadir ke pejabat untuk menyiapkannya.
Masa yang digunakan terlalu panjang, adakah kerja-kerja ini berbaloi.

Gambar di Jeti Ulu Tembeling. Tepat ini telah dibangunkan sepenuhnya. Tiada yang menarik lagi.

Friday, January 26, 2007

Minggu yang sibuk


Sepanjang 2 minggu ini, memang sibuk. Persiapan untuk kutipan data Emis Januari, mesyuarat LNPT dan menyiapkan budgetn 08 dan 09. Setiap hari balik lambat, paling awal 7.00 malam dan semalam jam 9.00 malam.
Bila sibuk macam ni, banyak kerja-kerja lain tidak dapat dibuat.
kutipan data Emis selesai, walaupun masih banyak ralat yang dikesan. Pembetulan semula memakan banyak masa.
Memang begitulah bila guru-guru yang ditugaskan tidak teliti.

Gambar - rumah kami di Kg Purun, dibina pada tahun 1984 dengan kos hampir RM30,000.Tempat berehat dihujung minggu kami sekeluarga

Tuesday, January 16, 2007

Penataran DG34 di AIB Genting Highland


Piramid yang indah - Mei 2006 Cairo
Bertolak jam 6.00 pagi, selepas sembahyang subuh bersama Hj Kamruddin dan Ustaz Hamid.
jam 7.30 pagi bersarapan di Genting Sempah. Penataran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 3.00 ptg. Seronok dapat pengalaman aje.

Ptg ke K.L pergi Plaza Low Yat untuk ambil barang ICt yang rosak.
Satu hari yang meletihkan. nak buat catatan pun tak seronok

Sunday, January 14, 2007

Minggu yang sibuk


Sepanjang minggu ke 2, persekolahan, memang sibuk.
Selama 3 hari buat kutipan prestasi dan penyeliaan bekalan peralatan PPSMI Fasa 5.
Bekalan PPSMI, memang tak ikut jadual asal. Syarikat pemasangan pasang tak ikut spesifikasi dan mutu kerja yang rendah. Peralatan yang dibekal rosak spt di SMK Seri Bahagia dan SBPI pula pemasangan di buat pada siling board.

Kutipan data berjalan lancar walaupun ada sedikit "gangguan" drp Cikgu Jambri Lela, Pengetua SMK Lancang. Pengetua yang bermasalah memang macam itu. Kerja tak sedang mana pun, mencari kesilapan orang memang senang.

Rumah kami di kampong Purun, Jalan Seberang, Temerloh.
Dibina dalam tahun 1984, kos awalnya RM30,000 sahaja. kini rumah ini adalah tempat berehat dihujung minggu dan tempat pertemuan keluarga

Minggu depan - tak tahu lagi. harapkan semuanya ok.

Sunday, January 7, 2007

Diari


Lahir pada 12 Sept 1959 di Melaka.
Pendidikan awal : SK Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka
Darjah 1 - 1966 - Darjah 6 - 1971
Pendidikan Menengah: SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah
Tingkatan 1 - 1972 - Tingkatan 6 - 1978
Maktab Perguruan Kota Bharu Kelantan - 1978 - 1980

Sekolah-sekolah yang pernah bertugas
1. SK LKTP Tementi - 1980 -1981
2. SK LKTP Sebertak - 1981 - 1983
3. SK Telok Sentang - 1983 - 1992
4. SK Sanggang Seberang - 1992
5. SK Pulau Pasir Mandi - 1992 - 1999
6. SK LKTP Rentam - 1999 - 2003 - GPK HEM dan GPK1
7. SK LKTP Jenderak utara - 2003 - GPK HEM
8. PPD Temerloh - Nov 2003 - kini

Kenangan yang paling menyeronokkkan:
Sepanjang berada di SK PP Mandi - terlibat dalam program memperkasakan program UPSR secara langsung. Sekolah yang asalnya menjadi tempat buangan guru-guru dan guru-guru besar. Bersama rakan-rakan yang lain - Ust Aziz (kini GB SK Kuala Tekal), Pn Rohanita (kini SK Bandar Temerloh) ,Mr Lee, Cikgu Hatta ( kini SK Sg Gau) Cikgu Nasir (kini di SK Paya Taram) dan En Mohd Nor( kini telah keluar dari Perkhdimatan Pendidikan - tindakan Disiplin) kami telah berjaya melahirkan 5A dan keputusan UPSR 100% berturut 3 tahun. Mendapat liputan akhbar dan Ntv 7.
Sepanjang berada disini Guru Besar yang touch and go -En Samjis Manaf, En Anuar b Abd Rahim dan En Awang Satip.
Banyak program PKKP dan motivasi dijalankan.
Mulanya memang tak berminat menjadi guru, lama kelamaan ianya menjadi darah daging kita dan ianya sangat menyeronokkan. terlebih lagi apabila melihat kejayaan anak-anak murid kita. Kejayaan anak-anak murid kita itu bukanlah semuanya kerana kita, ramai lagi yang terlibat, ibubapa, rakan sebaya,masyarakatnya dan guru-guru lain - tetapi kita tetap ada peranan.
Semua Allah jua yang menentukannya. InsyaAllah

Friday, January 5, 2007

Isteri saya


Kami berkahwin pada 18 April 1982. Anak pertama kami, Nurul Nadhia lahir pada 1 Nov 1983. Nur Aisyah pula pada 19 Julai 1991 manakala Muhamad Hidayat pula pada 18 Jun 1992. Hari ini Nurul Nadhia seorang eksekutif di MV Vita Oil, Malaysia. Nur Aisyah pula dalam Tingkatan 5 di MRSM Jasin manakala Hidayat pula di Ting 3 di SBPI Temerloh
Isteri saya, pagi 5 Jan 2007, sebelum ke sekolah

Wednesday, January 3, 2007

Hari Pertama Persekolahan Sessi 2007


Kena memantau hari pertama sesi persekolahan ke 3 buah sekolah. Bertolak jam 6.45 pagi ke SK Batu Sawar, sekolah ini banyak persediaan hari pertama yang tidak disempurnakan. Jadual waktu guru-guru tidak disiapkan dan ramai guru datang lewat ke sekolah. Di SK Gunung Senyum dan SK Jalan bahagia - ok . memuaskan hati.

Nasiblah budak-budak di luar bandar.


Bersama keluar di Langkawi Cable Car - tiada dalam gambar - Aisyah - Disember 2006