Labels

Total Pageviews

Tuesday, November 20, 2012

Kisah Jiran

    Terus terang, saya sebenarnya tidak mengenali jiran sebelah kanan rumah saya. Keluarga ini menyewa sejak beberapa bulan lalu. Isterinya seorang jururawat, di Hospital Temerloh, sementara suaminya, dari pemerhatian saya tidak bekerja. Mereka tidak mempunyai anak.

      Sejak mula berpindah, keluarga ini sering membunyikan radio dan televisyen agak kuat, hingga terganggu kami berdua. Sebaik sahaja mendengar bunyi radio yang kuat, saya akan menutup pintu dan tingkap, ruang tamu dan memasang aircond. Agaknya keluarga ini terperasan dan sekarang tiada lagi bunyi yang kuat.

       Pada mulanya, keluarga ini tidak mempunyai tomg sampah sendiri, semua sampah rumahtangga "disumbat" dalam tong sampah kami. Sampahnya tidak dibubuh dalam beg plastik seperti sepatutnya. Saya telah mengalihkan tempat letak tong sampah kami, betul-betul di depan porch.



      Beberapa hari lepas, kami terperasan, keluarga ini tiada di rumah telah beberapa hari. Kebetulan petang itu saya keluar ke belakang rumah untuk mencuci longkang. Saya terpesan bunyi berdecit-decit. Rupanya, ada sangkar arnab, arnab didalamnya berpusing-pusing dan memandang  dengan sayu. Saya cuba masuk tetapi pintu belakang berkunci. Pastinya arnab  ini kelaparan. Saya hanya berupa memancutkan air dari jauh untuk menyejukkan arnab tu dengan harapan sebahagian air akan masuk ke dalam bekas makanan.




Kesian, tapi apakan daya.

No comments: