Labels

Total Pageviews

Sunday, December 2, 2012

Si Durian dan Si Manggis datang lagi.........


Sesuai dengan tarafnya, raja dan ratu buah-buahan Malaysia, musim durian dan manggis datang lagi.Tahun ini, seperti biasa setiap 3 ke 4 tahun sekali, pokok durian dan manggis akan berbuat sangat lebat. Setiapkali terjadi, ramailah yang merasa membeli dengan murah sekali. Harga durian kampong sekarang jatuh ke paras minima.

Mudik kanan Sungai Pahang, dari Kg Telok Ira, Kg Berhala Gantang, Kg Bintang, Kg Badok, Kg Telok Sentang, Kg Purun, Kg Paya Salak sehingga ke Kg Pulau Pasir Mandi, Kg Batu Sawar dan berakhir ke Kampong Durian Hijau dan Ke Jerantut, adalah kawasan dusun tradisional. Pokok-pokok telah berusia puluhan tahun. Walaupun tak sehebat kawasan Lancang, hasil durian di kawasan ini tidak kurang gahnya. Ianya menjadi kawasan pencarian durian terbaik oleh penggemar durian, Melayu ataupun Cina.

Gambar-gambar dari hasil dusun kami. Anugerah dari Ilahi.


 Perhatikan bentuk  buahnya, bujur, bukan bulat, kecil, paling besar sebesar penumbuk kanak-kanak. Manggis......bukan.....inilah  Mesta, bukan orang Temerloh jarang mengenalinya. Pokoknya lebih kecil dari pokok manggis, daunnya lebat dan dahannya lebih rapat.

 Belum cukup masak, boleh dibelah dengan memicit sahaja. Kurang getah, jika telah masak, tiada getah langsung


 Isinya putih bersih, manis, mesta semestinya manis berbanding manggis dan paling utama tiada isi yang berulas besar seperti manggis. Tiada getah yang mengotorkan tangan walaupun baru dipetik


 Menanti masa untuk dinikmati

 Pemandangan yang indah

 Durian dari dusun kami, buahnya sederhana, paling banyak pun 5 ulas aje, selalunya 3 pangsa kucing tidur dan sepangsa lagi 2 ulas berkembar. Isinya tebal, seulas dua sudah terasa kepuasannya. Kemarok sangatlah jika boleh menghabiskan sebiji..............Manis dan jika dimakan banyak akan terasa sedikit kepahit-pahitan. Ummph.....kegemaran anggota keluarga. Jika dibuat tempoyak akan kekal bertahun rasa manisnya.

Pernah dengar durian tapak gajah, durian minyak, durian sangka atau durian hijau..memang namnya tak komersial berbanding D24 atau Musang King. Tapi boleh dimakan tanpa ragu-ragu kandungan bahan racun  dan komposisi kimia seperti Furadan. Malahan towkey durian Musang King dari Karak dan Raub pun datang membeli durian, katanya...haiyaa..kita jual aje...tak makan pun....manyak lacun...hi hi hi

Jemputlah ke Temerloh....seterusnya ke dusun kami di Kampong Desa Baru Purun.

No comments: