Labels

Total Pageviews

Wednesday, February 20, 2013

Orkid 
 tetap pilihan di hati

     Hampir sebulan tidak balik menjenguk abah. Banyak "cenda" yang  mengganggu. Semua ini memungkinkan pelbagai kemungkinan. Pertengahan Disember dulu, sibuk dengan hambatan tugas-tugas resmi. Sepanjang Januari pula, sibuk dengan cucu baru, anak perempuan kami balik bersalin sehingga habis pantang, cucu yang kedua, perempuan juga, sangat comel.

        Disebabkan rumah di Temerloh ini kecil dan ruang yang terhad, kami sekeluarga berpindah balik ke kampong, selama hampir sebulan setengah. Jauh dari tempat kerja bukanlah satu halangan, ketiadaan streamyx  tambahan pula broadband  Celcom tidak boleh diharapkan.

       Hanya minggu lalu baru ada kesempatan menjenguk abah. Keadaan abah baik sedikit dari dulu. Sudah boleh berjalan berseorangan tanpa dibantu. Semua ini  berkat usaha Ujang dan Syikin suami isteri menjaganya. Semuga semua jasa baik anak saudara dua beradik ini akan diberkati Allah. Sementara Abang Shaari telah  balik semula ke Jelebu, menjaga kebunnya.

       Disertakan gambar-gambar orkid yang sedang berbunga, walaupun tuannya telah hampir setahun tiada, pokok-pokok bunga dan ditambah dengan berapa pohoin yang baru, tetap segar menarik hati









       

No comments: