Labels

Total Pageviews

Saturday, October 19, 2013

Malaysia oh Malaysia

Saya tak faham bagaimana hal seperti ini boleh terjadi kepada saya. Saya  alami sendiri.Bagai tak percaya ianya terjadi disebuah agensi yang menggunakan komputer sepenuhnya dalam urusan harian.



Urutan peristiwa:
1.   2010 hingga Oktober 2012 - tiada masalah.

2.   Saya membeli insuran kenderaan,  tarikh tamat pada 14.10.2013

3.   Pembaruan cukai jalan hanya sehingga 03.10.2013 sahaja. Telah buat bantahan di Pos Malaysia Temerloh. Tiada sebarang perubahan. Tarikh tamat insuran dan cukai jalan tak sama. 

4. 2013, saya membeli insuran dengan tarikh tamat 03.10.2014.

5. Pembaharuan cukai jalan di buat di JPJ Bandar Jengka, tetapi cukai jalan tamat pada 24.09.2014. Bantahan telah dibuat tapi keputusannya tetap sama

Pelik..semakin tahun semakin pendek tempoh cukai jalan. Kesian saya jadi rakyat Malaysia. Kalau banyak komplen nanti disuruh pulak cari negeri lain.

No comments: