Labels

Total Pageviews

Sunday, September 8, 2013

Musim Buah-buahan Datang Lagi

Bermula dari "O", saya dan isteri memiliki 2 ekar tanah. Tanah ini tanah kampong , kami telah menukar syarat tanah tersebut kepada tanaman getah. Diselang seli pokok getah kami juga menanam pokok durian dan masta. Selepas 15 tahun, kami mula menikmati, hasil getah dan dusun walaupun tidak maksima. Cukup sekadar untuk keluarga kecil kami, berlebihan,tetapi tidak sampai untuk menjualnya. Tidak ketinggalan teman rapat dan tetamu yang hadir jika kebetulan musimnya.

 Rambutan kuning, walaupun tidak glamour tetap menjadi penyeri dan tarikan.

 Jambu madu yang sentiasa berbuah, tak mengira masa. Sayang kali ini kalah dengan buah-buahan yang lain

 Dokong juga mencuri perhatian, tidak banyak tetapi tetap mencuri perhatian

 Mohamad Fadzil, menantu kami, sedang mengambil  buah dokong dengan menggunakan tangga

 Satu-satunya peminat tegar durian dalam keluarga kami, Muhamad Hidayat, anak bongsu kami. Selain dari itu ahli keluarga  hanya sekadar merasa saja.

       Melulut durian untuk dijadikan tempoyak. Tempoyak yang elok pastinya dari durian yang elok. Asingkan biji dan isi, hancurkan isi yang berbuku-buku. Bubuh sedikit garam halus. Selepas itu biarkan semalaman. Ianya akan mengeluarkan air masam. Isteri saya akan menutup botol penyimpan dengan kain kasa putih, botol itu di terbalikkan dalam piring. Tujuannya supaya air masam itu keluar.
       Biarkan semalaman. Keesokannya,barulah dibubuh penutup botol dan disimpan. Ini menjadikan tempoyak lebih manis dan tidak masam. Boleh disimpan bertahun-tahun tanpa menjadi sangat masam.

Muhamad Hidayat sedang mengait masta. Artikal saya mengenai pokok masta telah menggamit 2 orang penyelidik kanan di MARDI.Kami telah berjumpa selama 2 kali. Paling mengkagumkan saya, anak sulung kami, Nurul Nadhia, penah belajar dengan En Zulkifli semasa di UPM dahulu dalam tahun 2004. Saya juga difahamkan En Zukkifli dan En Tahar, adalah penyelidik yang bertitle dihadapan namanya. Biarlah ianya menjadi kenangan paling manis dalam hidup saya. Sebuah rencana kecil dalam blog tidak bernama telah menggamit perhatian seseorang. Terima kasih En Zulfifli dan En Tahar semuga penyelidikan tuan akan membuahkan hasil, khususnya untuk rakyat Malaysia.


No comments: