Labels

Total Pageviews

Tuesday, September 3, 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan 2013
Jika ditanya kepada murid-murid sekolah rendah, apa hari kemerdekaan pada 31 August, rata-rata menjawab "cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii". Walaupun erti sebenarnya, telah dipelajari dalam bilik-bilik darjah dan di dalam buku-buku teks.
     Bagi pihak sekolah pula, pemasangan bendera dan banner adalah satu kewajipan. Terpulanglah kepada pentadbir untuk menggunakan kebijaksanaan  mencari dimana sumbernya. Malangnya kebijaksanaan itu tiada dijual di kedai-kedai.
 Hiasan bendera dan bunting di hadapan sekolah, terima kasih En Riduan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan ajk, idea yang sangat menarik.

 Bendera di tepi pagar, kurang menyerlah sebab kawasan sekolah berada di bawah cerun bukit. Sangat cantik dan kreatif.

 Peranan dan jasa Tunku Abdul Rahman hanya tinggal di dalam buku teks sahaja. Sedih dengan senario semasa.

Menara Bendera.

Jutaan terima kasih kepada s guru-guru penolong kanan, guru-guru, kakitangan, murid-murid dan pekerja sekolah yang telah bergotong royong menghias sekolah sempena bulan kemerdekaan 2013.

No comments: