Labels

Total Pageviews

Monday, October 8, 2012

Catatan biasa

Petang semalam, ke Hospital Temerloh, ziarahi seorang saudara yang sedang menjalani rawatan leukemia. Beliau telah dirawat dibeberapa hospital, antaranya di Selayang dan di Ampang. Keadaanya ok. Kesan dari rawatan belum dapat dilihat kerana masih baru menjalani rawatan. Semuga beliau cepat sembuh.

Perkara yang hendak saya catatkan disini, adalah pengurusan hospital ini. Pintu utama hospital, yang mempunyai 2 pintu utama. Satu untuk masuk dan satu untuk keluar. Malangnya satu dari pintu ini telah dikunci kononnya atas arahan pengurusan atasan. Ini menyebabkan pintu ini menjadi sesak, untuk keluar dan masuk. Terlebih lagi jika ada pengguna kerusi roda melaluinya. Pintu ini tidak digunakan oleh doktor dan pengarah hospital. Kakitangan hospital menggunakan pintu lain untuk masuk ke wad-wad.

Lif hospital ini terletak ditengah bangunan.  Hospital ini seperti hospital lain mempunyai 4 wing setiap tingkat. Sebaik sahaja keluar dari lif, kita akan berjalan kaki anggaran 20 meter untuk ke wad. Laluan dari lif ke wad, tidak dipasang lampu, menjadikan laluan itu gelap atau samar-samar. Lampu dipadamkan untuk tujuan penjimatan.

Saya tidak tahu pasal bekalan ubat dan peralatan lain. 2 keadaan ini adalah perangkap maut, jika berlaku kebakaran dan bencana lain. Pintu yang terkunci dan diletakkan meja pada pintu itu adalah satu perangkap. Keadaan laluan pejalan kaki yang samar-samar, menjadikan suasana hospital tidak ceria. Satu suasana yang kontra pada pesakit dan pelawat.

Alasan penjimatan tidak masuk akal, Untuk menjimatkan penggunaan lampu, kenapa tidak dipasang sensor, selepas waktu melawat atau tiada pengguna lampu akan terpadam sendiri. Tidakkah ini terfikir oleh pentadbir dan perancang hospital.

 Pengawal keselamatan yang begitu ramai kenapa tidak diubah jadual rondaan. Terlalu ramai menjaga parking kereta, sedangkan setiap jam polis datang meronda. Malah adalah perkara biasa pemilik kenderaan di saman polis di parking hospital ini.

Sebagai seorang kakitangan kerjaaan dan diberi kepercayaan mentadbir sebuah organisasi kecil,  perkara seperti ini adalah biasa dalam pentadbiran kerajaan. Bilakah kebiasaan ini akan menjadi tidak biasa, saya tiada jawapannya.

No comments: