Labels

Total Pageviews

Monday, October 15, 2012

Meja "koi" (dialek orang Temerloh, gantinama diri - saya)


Kalau dilihat memang tak tersusun, tapi inilah meja koi...Meja yang sederhana saiznya, dilapik dengan cermin untuk keselesaan menulis dan boleh diselitkan nota di bawahnya.

Kelihatan sijil-sijil penglibatan murid, Murid Tahun 6, bagi tujuan permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh 2013. Pena Pilot G2, 1.0 berharga RM5.50. Netbook Acer Aspire One 0756, baru dibeli tak sampai sebulan. Ia menggantikan  siri I5, yang rosak skrin. Terasa kesukaran menggunakannya,sedikit lambat, walaupun duo core, berbanding I5 yang lama.

Disudut hadapan, cordless telefon, berwarna kuning, remote aircondition, satu lagi telefon cordless, bersambung dengan fax machine. Boneka 3 beradik dari Rusia, ingatan dan kerinduan dari Angah - anak kedua saya - berada di Russian State Medical Universiti, Volgograd. Cop rasmi jawatan dan cop peribadi  berada di rak. Dongle USB Celcom, bagi sambungan internet, kegunaan peribadi. Terakhir wireless mouse, pemberian bekas boss yang telah bersara, Tuan Haji Abdullah.

Tak ketinggalan, Ventolin Inhaler, 100 mg.. sentiasa menemani saya, walaupun ke bilik tidur, ke masjid atau pekan sari. Teman setia sejak berumur 10 tahun lagi.

Sementara di bawah cermin pula, saya selitkan kalender dan takwin sekolah dan beberapa kertas kecil tertera naombor telefon rakan-rakan dan beberapa tarikh harijadi anak isteri dan rakan taulan yang selalu berhubung.

Tak cantik tetapi bersih, tak ada susunan bunga tetapi mudah bagi saya melaksanakan kerja-kerja harian mulai 7.00 pagi hingga jam 4.00 petang.

Masih berbaki 3 tahun lagi, sekiranya diizin Allah untuk saya duduk di meja ini. InsyaAllah.

No comments: