Labels

Total Pageviews

Wednesday, October 3, 2012

Majlis Perkahwinan Nursyahira

 Sebahagian anggota keluarga - di hadapan rumah
 Muhamad Hidayat - anak lelaki kami, sering menjadi jurugambar keluarga. Pernah memenangi beberapa anugerah kecil fotography di peringkat universiti. Kebanyakan pamplet dan banner anjuran MPP Universiti  Petronas, adalah buah tangan beliau.
 Sebahagian tetamu yang menghadiri majlis
Cucu kami, Fifi, cucu pertama dalam keluarga kecil sebelah isteri. Seringkali menjadi penyeri dalam majlis kenduri dan sambutan hari raya, bagi keluarga sebelah isteri. Berumur hampir 2 setengah tahun, baru mula jelas butir pertuturan.

Pada Jumaat hingga Ahad - 28-29 September 2012, kami sekeluarga berkumpul di Taman Melawati, di rumah kakak ipar saya. Kami meraikan majlis perkahwinan anak perempuan beliau. Nur Syahira, bertugas sebagai doktor di Hospital Temerloh. Nursyahirah pada masa ini tinggal bersama kami di Temerloh, sejak ditempatkan sebagai doktor terlatih.  Sebelum ini beliau menjalani latihan selama 2 tahun di Hospital Kuala Terengganu dan tinggal di rumah anak kami, sepupu beliau, Nurul Nadhia. Beliau kami anggap sebagi anak sendiri kerana membesar bersama anak kami, sepanjang masa.

Saya agak terkilan 2 perkara semasa majlis ini berlangsung. Majlis akad nikah di adakan pada Sabtu petang, jam 2. Jurunikah yang merupakan imam Masjid Taman Melawati, bapa mertua kepada seorang penyanyi, yang telah suam-suam kuku, telah memberi syarahan panjang lebar selama lebih dari 2 jam. Jurunikah ini merupakan bekas pengarah JAWI, melampui tugas. Sebelum menikahi pasangan  ini, beliau telah meminta pengantin lelaki menerangkan dimana mula berkenalan. Ia berulang kali bertanya dan apabila puas hati barulah majlis dimulakan. Wajarkah soalan ini ditanya, wajarkah ceramah selama 2 jam...akibatnya rombongan pengantin hanya menjamah nasi selepas jam 4.30 petang. Nak katakan bangang..bekas pengarah..nak katakan tak ada ilmu..seorang imam. Patutlah Islam dihina sewenangnya di Malaysia.

Semasa majlis resepsi keesokan harinya, pihak katering, telah menolak dengan kasar, bunga telor, pack hadiah, kek perkahwinan dan masakan keluarga untuk rombangan pengantin lelaki. Angota keluarga terasa hati dan menjauhkan diri dari majlis. Akibatnya, tiada siapa yang melayan rombongan keluarga pengantin lelaki. Hidangan tidak sempurna, walaupun keluarga kami telah berhempas pulas menyediakannya. Pihak katering telah menyimpan pinggan dan peralatan lain, sedangkan tetamu masih ramai lagi. Kami mengeluarkan pinggan sendiri dari rumah. Ribuan bunga telor untuk tetamu tidak dapat diedarkan.

Ini adalah kami kedua dalam tahun ini kami menggunakan perkhidmatan katering ini, Metro Katering, sebelum ini pada April dulu kami juga menggunakan perkhidmatan syarikat ini. Tetapi layanan baik. Pihak keluarga telah membayar lebih dari tiga puluh ribu ringgit. Mujurlah kami masih boleh bersabar dan tidak terjadi sebarang perbalahan terbuka. Bye2 Metro Katering.

Tulisan ini tidaklah bertujuan mengaibkan sesiapa, sekadar melahirkan apa yang terpendam. Pihak keluarga kami merelakan apa yang berlaku dan masih ada beberpa majlis yang akan dirancang dalam setahun dua ini, malangnya Metro Katering tidaklah termasuk dalam list lagi.

Selamat berbahagia,buat puteri kami, Dr Nursyahira dan Dr Nurul Hafiz, di doakan semuga dalam perlindungan Allah, dijauhkan perkara yang mengaibkan, dikurniakan cahaya mata yang diberkati, kekal aman, selamat dan berpanjangan jodoh sehingga akhir hayat. Amin

No comments: