Labels

Total Pageviews

Wednesday, October 10, 2012

Diet harian

Ayam goreng, salad dan kentang,makan malam 10-10-12



Amat sukar untuk mengawal diet dan pemakanan harian. Di kantin sekolah, makanan untuk guru-guru, nasi dan berbagai jenis lauk, ikan atau ayam. Setiap hari selasa, roti canai dan jumaat menu tetapnya, nasi ayam. Makanan separuh berat seperti laksa atau makanan panas, amat jarang sekali. Bagi bukan penggemar nasi, seperti saya, ia terasa agak sukar.

Saya hanya mengambil, nasi, sekali dalam sehari, terutama tengahari, sementara petang atau malam, memadai sepinggan bihun goreng atau sekeping capati atau 2 keping roti bersama calitan madu. Rutin ini diamalkan sekali oleh isteri saya, sejak bertahun dahulu.Berkunjung ke rumah emak,setiap hujung minggu, nasi adalah hidangan utama. Untuk menolak hidangan nasi masakan emak amatlah bsukar  sekali.

Begitu juga jika ada jemputan kenduri, majlis perkahwinan atau sanak saudara, ipar duai, anak dan menantu terlebih lagi cucu balik kerumah.

Pada saya mengawal pemakanan amat perlu terlebih lagi setelah memasuki "zon senja". Ujian glukose, jam 6.00 pagi  tadi menunjukkan bacaan 5.5 bagi saya dan bagi isteri 5.6.

No comments: